Breaking News

Pengalaman Ke Kenduri Kahwin Paling Mencabar

Kenduri kahwin musim banjir


Assalamualaikum..

Ni Cik Nor nak tanya korang, cuti panjang sempena raya cina tempoh hari pergi mana? Cik Nor? Ni la nak cerita...tengok gambar mesti korang dah tahu apa yang Cik Nor nak cerita.

Hari jumaat sebelum raya cina, Cik Nor bersama dengan ayah, adik, adik ipar dan anak buah memenuhi undangan majlis perkahwinan anak bapa saudara Cik Nor merangkap sepupu Cik Nor. Masa nak pergi tu dah telefon makcik yang lebih awal untuk mengetahui keadaan di sana. Malam tu makcik kata jalan ok boleh dilalui kenderaan. Tengok muka masa dalam perjalanan kemain happy sebab tak tahu lagi keadaan macam mana.  Sekali sampai kat jambatan tengok pokok kelapa sawit dah nampak bahagian pucuk dah. Masa tu dah lain macam tengok air dah mulai naik.

Sepatutnya kenduri dibuat di rumah pakcik yang mana rumahnya terletak dikawasan pokok sawit yang nampak pucuk tu. Tetapi terpaksa di tukar venuenya kena rumah pakcik dah di naiki air. Nasib rumah makcik tak jauh sangat so, kenduri di buat dirumah makcik. Rumah makcik tu terletak dikawasan tinggi tapi masalahnya jalan masuk ke rumahnya rendah dan ada anak sungai.

Korang tengok gambar yang no.3 tu. Itulah jalan yang sepatutnya kami lalui untuk ke rumah makcik.  Takut kan?hehe. Sebenarnya ada jalan alternatif nak ke rumah makcik tapi jauh dan lagi berisiko. Dimana kami kena melalui jalan keretapi. Buatnya masa kami lalu tu ada keretapi tak ke haru di buatnya. 
Bincang punya bincang ayah Cik Nor decide nak naik sampan jer. Katanya dekat sikit dari jalan kaki melalui landasan keretapi. Cik Nor ikut jer la. Masa naik tu rasa pucat dan tak de darah jugak. Dengan berbaju kurung bagai. Buat-buat berani jer la walaupun pada hakikatnya tidak.haha. Yang bawa sampan tu bukan orang lain, sepupu Cik Nor jugak.

Gambar pengantin jangan di tanya sebab kami agak tergesa-gesa takut air makin naik. Siap makan dan penganti lelaki dah sampai kami terus beransur meninggalkan majlis. Memang betul jangkaan kami, naik dah naik. Penduduk di kawasan rendah dah mula berkemas untuk berpindah. Kat mana tempat ni?  Kat hulu Kelantan, Limau Kasturi nama tempatnya. Dulu ada cerita pasal tempat ni, kalau tak salah tajuknya Cikgu Limau Kasturi lakonan arwah Harun Salim Bachik.

Hakikatnya air tu sebenarnya tak de la dalam sangat, cuma paras peha jer. Tapi dah pakai lelawa tak kan nak harung kot air tu.haha. Lepas ni kalau dah datang kenduri lagi kat sini musim hujan kena fikir 2 3 kali jugak la.huhu

Apa pula pengalaman korang?

15 comments:

  1. Tk pernah lgi rasa pglmn cenggini ..tpi agk mncbar jgk

    ReplyDelete
  2. dh prnh kena bnjir besar sekali... mmg mencabar habis

    ReplyDelete
  3. Kesian juga kan buat pengantin... dah ready semua tetiba banjir... Berwaspada di musim banjir...

    ReplyDelete
  4. ni memang rare sangat ni... sangat mencabar...

    ReplyDelete
  5. rare sangat ni... sangat mencabar!!!

    ReplyDelete
  6. Haritu pun saya ada singgaj kelantan, tpi kawasan yg saya singgah x banjir.kesiannya kt pengantin dan tetamu, terpaksa redah banjir camni, huhu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi rasa pengalaman cmnie..

    ReplyDelete
  8. CNY baru ni duduk rumah je. Hehe. Fuhh bila banjir kan memang mencabar betul lah.

    ReplyDelete
  9. banjir pun still boleh kenduri kan.. suke dgn semangat dorg..

    ReplyDelete
  10. ngeri juga tgk paras air tu....igtkan lintas landasan ketapi yang ada lampu isyarat tu...klu yang itu, berani la sket kan...

    ReplyDelete
  11. perghhhhh... mencabar gila ni...

    ReplyDelete
  12. mencabarnya nak pi makan lauk kenduri...siap kena naik sampan...

    ReplyDelete
  13. kalau org dijemput terpaksa harung semua ni, entah mcm mn agk nyer tuan punya kenduri... semoga dipermudahkan utk mereka

    ReplyDelete
  14. Adoiyai Cik Nor...kesiannya tuan rumah. Ramai tak orang yg datang.... Adoiii mmg le kan pikir 2-3 kali jugak tu kalau nak pergi kenduri kawen kalau dah ayaq naik macam tu....

    ReplyDelete