Breaking News

Bawa Bekal Atau Makan Dikedai?

Gambar ambik dengan pakcik google.

Assalamualaikum..

Sejak ekonomi gawat ni, jarang bebenor Cik Nor makan kat luar di waktu lunch. Bukan kedekut tapi amat jimat kalau kita masak sendiri di rumah. Bukan Cik Nor reka-reka cerita yer. Ini adalah kisah benar dari pengalaman Cik Nor sendiri.

Memang tak dinafikan kalau kita bawa bekal, masa lunch makanan yang kita bawak tu dah sejuk. Tapi Cik Nor tak kisah sebab kita tahu makanan tu kita masak sendiri dan tahu condition makanan tersebut. Cik Nor biasa start masak jam 6.30 pagi dan siap dalam 7.15 pagi. Cik Nor masak simple sahaja. Janji nasi tu ada partner dia lauk dan sayur. Lauk tu ikan masin pun Cik Nor tak kisah. Hehe

Kat mana jimatnya Cik Nor oii? Meh nak tolong kira kan. Korang g pasar seminggu sekali sebab nak beli lauk dan sayur yang fresh. Korang beli sayur rm1.00 seikat. Bukan korang habiskan untuk sekali masak jer kan. Mesti dua kali sebab korang masak untuk seorang. Jimatkan kat situ. Kalau beli lauk contohnya ikan 1kg. Bukan korang 1kg kan, paling tidak pun korang masak seekor jer untuk korang bawak bekal. Balancenya korang boleh masak sehingga gaji pun boleh.hihi. Biasa Cik Nor beli sayur or lauk kat kampung. Nanti kalau sayur atau ikan tu banyak sangat boleh lah tinggal kat mak. Kat kampung tak apa, ramai orang. Kat rumah sewa tak boleh bawa banyak-banyak takut membazir.

Kalau korang makan kat kedai, start dengan breakfast lepas tu  lunch dan last sekali dinner. Korang try kita contohnya breakfast paling murah RM2.00, lunch paling murah RM7.00 dan dinner RM3.50. Try korang tambah semua tu then g beli lauk dan sayur, tengok berapa lama bahan-bahan tu bertahan? Lamakan? Lebih kurang 3 atau 4 hari jugak kan.

Tu pada pendapat Cik Nor jer, terpulanglah kepada korang. Antara rajin dan malas jer sebenarnya. Hehe. Cik Nor dulu pun malas jugak. Tapi bila tengok ekonomi kian gawat ni terpaksa rajinkan diri untuk berjimat. Janji lepas hutang, aman rasanya hidup.hehe. 

Korang tak per makan kat kedai, gaji besau. Cik Nor gaji ciput jer...alhamdulillah.


12 comments:

  1. Bawa bekal ada kelebihannya, selain tahap kebersihannya terjamin, dapat elak kesesakan semasa beratur membeli makanan...

    ReplyDelete
  2. kadng masak,kadang beli je cik nor kalau tak sempat

    ReplyDelete
  3. Betul tu, bawa bekal jauh lebih menjimatkan. tapi kalau kadang2 tu boleh la nak beli luar kan.

    ReplyDelete
  4. Kakak di pejabat ni memang ada dapur mini
    kalau tak bekal dari rumah kakak masak:)

    ReplyDelete
  5. saya penah try bawa bekal selama sebulan... memula ok lagi... msk bln kedua tekak x leh terima masakan sendiri hehehehe boleh x mcm tu?

    ReplyDelete
  6. sy pun selalu bawa bekal. jimat ckit bajet. hihi. sedap la lauk akak masak tu. :D

    ReplyDelete
  7. lagi suka masak sendiri dan bawa bekal. kita tahu apa kita masak. dan paling penting lebih sihay berbanding makanan di kedai yg banyak minyak, masin dan tinggi kolesterol. bagus akak bangun awal sediakan bekalan untuk lunch.

    ReplyDelete
  8. baguslah kalau dah rajin tu Cik Nor hihih.... hakak masak jugak tau...ingat hakak tak masak ke?

    ReplyDelete
  9. Betul, memang jimat kalau bawak bekal sendiri. Lebih terjamin kebersihannya tapi cheq sendiri pun tak bawak bekal. Saja nak bagi tauke kantin kayo, hehehe

    ReplyDelete
  10. bawa bekal lagi bagus. jimat $$$ hehehehe!

    ReplyDelete
  11. bekal !!!
    anak2 aida ke skola pun tiap hari aida bekal kan aje ciknor.
    aida and asben, kami akan makan sama tiap pagi.
    pe yg dibekalkan kpd anak, tu la kami makan.
    tghari da siap prepare lauk. masak lebih mlm semlm nyer.
    kena jimat.
    gaji besar ke kecik ke, zaman skang ni semua da tak cukup!

    ReplyDelete