Breaking News

Makan Sedap Tapi.....


Assalamualaikum..

Janji tinggal janji dah cik nor nie. 2 hari cuti hujung minggu maka 2 hari jugaklah blog cuti tanpa entry baru.Adoiii..memang pemalaskan.Nak buat entry autopublish pun malas..huhu

Cerita pasal bihun sup kat atas tu sebenarnya sebelum puasa lagi.Tapi asyik bertangguh nak buat entry sehingga bulan puasa.Bila bulan puasa entry makanan tak dibenarkan publish kat blog cik nor.Faham2lah kenapa yer..:) 

Ceritanya macam ni..masa kat pejabat roomate whasup tanya nak makan apa, dia nak g pasar malam. Oleh kerana cik nor tak makan nasi waktu malam maka cik nor srhla dia belikan bihun sup xde lah heavy sangat.Pergh...masa makan tu memang berselera betul , nak buat macam mana kena dengan selera cik nor. Dah dekat2 nak habis tu..cik nor terperasan something dekat daging..ada benda berwarna putih..Telek punya telek..Allahuakbar...telur lalat.Nasib tak telan lagi..Hilang terus selera nak makan tadi Nak keluarkan balik separuh yang dah makan tadi memang taklah. Tawakal jerlah moga cik nor tak kena cirit-birit. Alhamdulillah..cik nor tak apa2 keesokan harinya.

Buat peniaga pasar malam dimana jua anda berniaga jagalah kebesihatan makanan & gerai anda  agar pelanggan ada tidak cabut lari. Moga rezeki yang anda dapat itu lebih berkat...InsyaAllah

5 comments:

  1. nasib baik nampak..tak terlambat ye NN. btw, selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. iks iks
    dapat bayangkan rasa nak keluar balik makanan tu :)

    ReplyDelete
  3. adus.. fail la kedai cenggini..
    elok ban terus isk..

    ReplyDelete
  4. aduhai! buat mati selera la pulak! sabar jelaaa

    ReplyDelete
  5. kalau sy mungkin dah muntah kot cik nor

    ReplyDelete