Breaking News

Resepi Rendang Itik


Assalamualaikum..

Semenjak blog Cik Nor lagu keras sebagai tempat review produk, sudah agak lama Cik Nor tak kongsi resepi campak-campak Cik Nor. Simple tapi sedap orang kata. Eh, bukan orang kata tapi Cik Nor kata. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan?hihi

Resipi Rendang Itik 

Bahan-bahan

1 ekor (dipotong kecil)
2 biji kelapa (sebahagian dibuat kerisik)
3 batang serai
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
sedikit asam keping atau air asam jawa
Cili kering ikut suka (kalau nak pedas guna cili kering yang halus)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Garam, Gula, Perisa & Gula Melaka
kerisik
Daun kunyit

Caranya

1. Rebus itik bersama santan cair & bahan-bahan yang dikisar (bawang merah, bahan putih, bawang besar, halia, lengkuas, kunyit, serai dan cili kering)
2.  Masa merebus itik tu ikut keadaan itik. Kalau muda sekejap sahaja.  Kalau tua kena lama la jugak.
3. Cik Nor biasa guna itik muda, sekejap sahaja. Pasti kan daging itik tu betul empuk baru letak garam, gula, perisan dan gula melaka. Daging itik ni liat sikit kalau tak betul-betul empuk.
4. Biarkan seketika dan sekiranya korang dah berpuas hati dengan rasanya baru lah dimasukakan santan pekat.
5. Biarkan santan pekat mendidih dengan sempurna, kemudian masukakan kerisik. Terpulanglah pada korang nak rendang korang tu kering atau berkuah.
6. Jangan lupa taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Hidang bersama nasi panas. Pasti bertambah-tambah.

Itulah resepi rendang itik campak-campak dari Cik Nor. Semoga korang mendapat menu nak masak apa esok . hehe. Selamat mencuba. 

13 comments:

  1. Sedapnya..doh lamo x make daging itik..kalau raya sokmo ma masok gulai itik..sedap

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap tp sy xreti mkn itik🙈

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan daging itik before! hehe ^^ btw nampak sedap dan tetiba terdetik nak try hahah :3 nice sharing!!! :D *Hana follow sini ya! :3

    ReplyDelete
  4. Jarang makan itik.... boleh kata tak pernah makanlah Cik Nor. Rasa itik pun tak ingat mcm mana rasa dia... sedap ek cik nor?

    Ada satu gerai Kelantan tu mmg ada jual itik ni. Bila bila bolehlah try!

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan itik.sedap ye itik nih..itik dgn ayam mana lg sedap?

    ReplyDelete
  6. haa agitu.
    boleh copy right after this.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rendang tapi itik biasa makan lemak cili padi je, tak pernah lagi makan rendang itik

    ReplyDelete
  8. pernah makan rendang itik di kenduri..sedap jugak rasanya

    ReplyDelete
  9. My feveret.. lama tak makan sejak arwah ibu meninggal.. Rasa cam nak buat lah tahun nie..

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan tapi tipah tertipu rajin la p kenduri rumah jran kat sini

    ReplyDelete
  11. kalo CT x tahu tu itik maybe CT makan.. kalo tahu idok kot sbab x penah makan. tah2 da penah makan tp tak tahu hahaha.. sama dgn telur masin kan org cakap tu telur itik.. aiyooooo..

    ReplyDelete
  12. inilah dia feveret dish time raya tau.
    kat kampung aida hampir semua rumah ada kari itik di hari raya.
    memang marbeles.

    ReplyDelete