Breaking News

Birthday Celebration


Assalamualaikum..

Malam ni ingat nak tidur awal tapi bila teringat blog dah 2 hari tak update, stay la kejap membebel kat sini. Semoga korang sudi singgah dan baca blog picisan Cik Nor. Mesti krang tertanya tanya kenapa Cik Nor nak tidur awal. Biasalah kalau cuti lama sikit. Meroyan lah mengantuk, Kat kampung pulun tidur sakan. datang sini kena bangun awal. Padan muka Cik Nor.haha

Membebel jer kan Cik Nor ni. Gambar tunjuk lain, dia bebel cerita lain. Al-kisahnya hari jumaat tu keluar pergi bandar sebab nak bank in duit. Cik Nor beli barang online. Sekali kakak bagi hint, beli la kek suprise. Cik Nor pun buat lah muka blur-blur gitu. Masa tu keluar dengan anak buah yang bongsu dan adik yang bongsu. Dah siap beli barang singgah kedai kek jap cari kek yang murah tapi sedap. hehe. Murah tak la murah sangat. Kalau harga nya bukan RM50.00++ bukan kek namanya zaman sekarang ni. 

Mintak la pendapat 2 orang assistant yang Cik Nor bawa tadi tu. Aduh...boleh pulak dia bantai gaduh dalam kedai kek tu. Seorang nak kek blueberry/ tiramisu dan seorang lagi nak kek coklat. Yang menangnya mestilah kek coklat. Sebab yang sambut birthday ni kakak dia. Makcik dia tukang bayar jer lah. Korang bantai gaduh jer dalam kedai kek tu. Nasib sedap dan besar kek tu.


Masa beli kek tu, tak tahu pulak anak buah yang dah kahwin tu nak balik jugak. Nasib beli kek yang 2kg. Kira banyak jugak la kuantitinya. Lepas jumaat kakak yang sulong pergi Kota Bharu dan sempatla Cik Nor suruh dia tebus voucher yang Cik Nor dapat masa event  NI. Alhamdulillah..walaupun saiz piza tu regular, dapat juga mereka rasa sikit sorang. Cik Nor tengok piza pun dah tak lalu. haha. Fobia makan banyak masa event tu.

Selain kek dan piza, Cik Nor goreng fries, hotdog dan nuget. Biasalah sambutan dalam ahli keluarga. Simple tapi mengeyangkan. Tu pun tak habis, walaupun goreng serba sedikit jer. Opss..dalam gambar kat atas tu diorang 3 beradik. Muka Cik Nor usah ditanya. Tukang masak kat dapur confirm serabai..haha. Nak masuk blog sendiri kena lawa-lawa.hehe

Hepi Bestday Nur Izzah Atirah. Semoga menjadi anak solehah dunia dan akhirat. Aamiin..

Oklah itu sahaja nak membebel malam ni. Jumpa next entry. InsyaAllah...

18 comments:

  1. kalau gee pun akan undi kek coklat!!hahah

    ReplyDelete
  2. eh..murahnya tu kek.Kuantan 1kg dah RM 50... sedap tu nampaknya. heeee..

    ReplyDelete
  3. wah meriah, macam2 makanan ado tuh..:)

    ReplyDelete
  4. teringin nak makan semua tu tapi tengah mood diet.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kek, Happy birthday to Nur Izzah Atirah...

    ReplyDelete
  6. kalau gaduh2 tinggalkan terus cik nor dlm kedai tu hahaha

    happy belated birthday atirah!

    ReplyDelete
  7. kek apapun sedap kan... hehe.. hepi belated besday Atirah

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday to Nur Izzah Atirah. nampak sedapnya kek tu

    ReplyDelete
  9. walaupun simple,tapi tetap seronok kan majlis hari jadi tu cik nor...lagi pulak sambut dengan keluarga

    ReplyDelete
  10. sedapnyo kek. mek brehi bena la ko kek.
    pizza tu pun brehi jugok.
    marin dlu repeat pulok skali lg.
    voucher tak tebus lg

    ReplyDelete
  11. Happening nya makanan especially dominos Tu hihi

    ReplyDelete
  12. Cik nor nanti besday ai nak camni jg boleh x? Hihihi

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa kalau kek coklat hehe tapi kalau ciktie beli kek pun mesti pilih coklat juga. Sedap tapi cheese punya pun sedap juga

    ReplyDelete
  14. kalau saya pun, vote kek coklat..favourite tu...

    ReplyDelete
  15. Wah!! 2 kg rm50??? Murah tue.. nampak sedap keknya.. so yummyy!!

    ReplyDelete
  16. Happy Bezday Athirah... untunglah ada makcik yg belum kawen, senang nak sponsor mcm mcm hihi...

    Reramai gini makan kek mesti cepat habis kan cik nor

    ReplyDelete