Breaking News

Bila Seseorang Buat Kejutan


Assalamualaikum..

Adeii...ubat selsema tertinggal dirumah sewa la pulak. Hidung dah start sok sek balik. Bertahan la Cik Nor sehingga ko balik rumah sewa. Huhu. Rasa macam lama jer tak mencoret di blog kesayangan hamba. Mesti ada yang rindu entry baru blog Cik Nor kan?😂😂😂. Opps..harap tak ada yang muntah hijau baca kenyataan Cik Nor tu.haha

Dah tengah malam baru nak updates blog. Ada lagi ke orang nak baca blog masa ni. Entah la labu. Harap-harap la yang sedang berjaga dan sudi singgah di blog Cik Nor ni. Amboi..Cik Nor ni kan tajuk entah ke mana, cerita pun entah kemana. Jom la kita start ceritanya. 2 minggu lepas ada la seorang kawan blogger ni. Dia whatsapp gambar kat atas tu. Eh..terkejut jugak. Seingat Cik Nor tak ada pula join giveaway dan menang apa-apa hadiah.

Dalam whatsapp tu dia siap pesan Cik Nor kalau sampai bagitahu dia. Tanya juga dia, apa dalam sampul tu. Dia cakap budu. Adeii..main-main pulak yer. Cik Nor pun tiba-tiba jadi berdebar menunggu apa la yang dia hantar. Hehe. Mana tak berdebar tetiba orang whatsapp sampul pos express. Tak tahu sebab apa Cik Nor dapat sampul tu.

Suspen kan cerita Cik Nor kali ni. Mesti korang tetunggu-tunggu apa isi dalam sampul bos express tu. Nak tahu apa yang ada dalam tu, tunggu next entry yer. Siapa yang hantar tu Cik Nor akan dedahkan. Wah, dah macam melodi la pulak. Hehe. Sabar yer korang, tunggu next entry. Kalau korang bijak cer teka apa dalam sampul tu.

14 comments:

  1. Wah, apa dia y. Tiba tiba nak fikir jugak hehe

    ReplyDelete
  2. betul laa tu kot budu jenis terkini... leper je ;-)

    ReplyDelete
  3. tak leh nak teka..sampul kecik tu..apa yeak..#silaupdate..hehe

    ReplyDelete
  4. Wqh.. untunglah ada orang nak buat kejutan tu. Tiket pergi bercuti ke ?

    ReplyDelete
  5. Sampul jenis leper.. mungkin kalendar :D

    ReplyDelete
  6. Amboi Cik Nor buat suspend yer...

    ReplyDelete
  7. Tak surprise dahhhh... FM kan hihi

    ReplyDelete
  8. aahahha sorry Cik Nor iols bace entry latest dulu muahahah =P

    ReplyDelete