Breaking News

Bila Orang Belanja


Assalamualaikum...

Tengok tarikh gambar pun orang dah tahu kejadian ni dah lama berlaku.haha. Tapi Cik Nor nak abadikan kat sini juga, Buat tatapan cucu-cucu Cik Nor yang kecik-kecik tu.hihi. Gambar ni kitaorang ambik masa pergi makan chicken chop murah kat Tanah Merah. Anak buah yang dah kahwin tu belanja. Sempena dapat bonus kot.hehe

Orang cakap nak belanja makan, Cik Nor on jer tak pernah off. Bab makan nombor 1. Bila badan dah macam guni beras siam, nak salahkan baju tu mengecil pulak.haha. Cik Nor order chicken chop dan milo panas rasanya. Sebelum datang makan kat sini Cik Nor dah makan nasi kat rumah, mak Cik Nor bawak balik lauk dari tempat kenduri. Selang satu jam rasanya kakak ajak pergi melawat cucu jiran yang baru bersalin. Makan lagi kat situ. Adoi.. mana badan tak besar macam makan ibu roti.

Kedai makan ni lah tempat ke 3 Cik Nor makan. Hambik ko, sehari sampai tiga kali makan. Makanan berat-berat pulak tu. Tak boleh jadi Cik Nor ni. Bila dah ajar makan 3 kali sehari, datang rumah sewa perut asyik mintak makanan jer. Tak kira masa, tak boleh perut kosong. Mesti cacing-cacing dalam perut berbunyi..haha


Dah kenyang makan, apa lagi kerjanya. Selpie jer lah. Makcik dengan anak buah sama jer. Macam-macam gaya selfie, sampai orang dok meja depan dari Cik Nor tu pandai semacam. Ye lah sekejap sengeh, sekejap masam. Jangan dia kata kami tak betul dah la.haha. Tengok gambar licin pinggan, membela ke apa Cik Nor ni.kihkih

Kitaorang balik ngam-ngam azam magrib. Dah la masa tu hujan rintik-rintik. Tapi bukan Cik Nor yang memandu. Kakak yang ambik alih. hehe. Oklah dah abis membebel untuk malam ni. Jumpa malam esok pulak.

10 comments:

  1. Untung laaa ade orang belanja makan..hahahaha..kita takde pun..LOL

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya ciknor! Kita kalau nak makan sendiri-sendiri je huhu

    ReplyDelete
  3. orang nak belanja makan kita jangan tolak. rezeki tu. hehe

    ReplyDelete
  4. Kata orang rezeki jangan di tolak, tak gitu. Alahai sape la nak blanje Zumal lak ni...

    ReplyDelete
  5. makanan apa pun, kalau org belanja, mmg sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya makan ramai2 lagi best kalau dpt mkn free Kan hihuu

    ReplyDelete
  7. Chicken chop dah memang sesap, org belanja bertambah la sedapnya. Singgah bw sini

    ReplyDelete
  8. bla cik nor nk belanja sy pulak? hehehe

    ReplyDelete
  9. bestnya ada orang belanja makan. rezeki cik nor sangat

    ReplyDelete