Breaking News

Bila Bosan Memandu


Assalamualaikum...

Mesti korang tertanya-tanya apa motif Cik Nor letak gambar kat atas tu kan. Hehe. Nanti Cik Nor cerita. Time nak balik kampung banyaklah benda-benda pelik Cik Nor jumpa. Al-maklumlah nak hadap jem traffic light, aduh bosannya😀

Kereta kancil dalam gambar tu Cik Nor follow sejak dari traffic light dekat rumah sewa Cik Nor tapi tak perasan pulak sesuatu yang pelik. Bila sampai tak traffic light baru perasan yang 1.3 tu dia pergi tambah suku kat belakang. Apa motif dia tambah suku pun Cik Nor tak tahu. Hehe. Bila dah nampak pelik terus Cik Nor ambik gambar. Tak tahu la tuan dia perasan ke tak sebab Cik Nor buat-buat layan tab. Hihi

Cik Nor kalau dah bosan menunggu traffic light macam-macam benda Cik Nor buat selain layan whatsapp atau facebook. Hehe. Kadang-kadang syok melayan tak sedar traffic light dah bertukar warna hijau. Nasib cepat sedar dan tak kena hon dengan kereta belakang.hihi. Kalau tengok whatsapp tak best cari benda-benda pelik la ambik gambar. Ye lah, nak menunggu traffic light memang menyiksakan. Bukan sikit nak kena redah, lebih kurang 8 traffic light kena tempoh sebelum keluar dari bandar Kota Bharu. Fuhhh.

Kalau korang menunggu traffic light bertukar warna hijau korang suka buat apa? Layan whatsapp, facebook atau ambik gambar pelik-pelik macam Cik Nor😀. Meh kongsi dengan Cik Nor.

8 comments:

  1. Dgr lagu je sambil tunggu lampu bertukar hijau..

    ReplyDelete
  2. hahha, betul2..macam2 benda boleh buatkan.. lagi2 selfie hehe

    ReplyDelete
  3. mesti geng 3 suku ni.. huhuhuhuh. Giler la 8 traffic light

    ReplyDelete
  4. Saya sendiri penah terlena time tunggu traffic light ijau. Hahahaha...
    Semakin hebat Cik Nor berblog skrg. Lama tak singgah sini.
    Kenal ker idok?

    ReplyDelete
  5. tgk keadaan. kalau time tu ada wassap msk time tu jg bls walaupun tau lampu isyarat tu kejap je dah bertukar hijau

    ReplyDelete
  6. Kalau saya akan tengok hp..tak bagus kan..huhu

    ReplyDelete
  7. hahaa..memng bosan ngadap jem..lawak pulak 1.3 suku tu

    ReplyDelete