Breaking News

Kekal Anggun Menawan Dengan Safi Rania Gold | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox


Assalamualaikum..

Korang masih mencari penjagaan muka yang sesuai dengan kulit muka korang? Susahkan nak cari set penjagaan muka yang sesuai. Tapi Cik Nor tak risau dah sekarang.  Kulit muka Cik Nor dah serasi dengan produk Safi. Semua barang penjagaan diri Cik Nor guna produk Safi.  Nak tahu apa rangkaian produk baru Safi? Jom Cik Nor kenalkan Safi Rania Gold Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox.

Kini, Safi Rania GOLD memperkenalkan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formula Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja. Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox ini mengandungi kandungan yang selamat digunakan. Kandungan yang terdapat di dalam rangkaian Safi Rania GOLD ini ialah :

1) Nano Gold 24K - di mana ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

2) Honey - merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

3) Royal Jelly - kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.

4) Propolis - merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.
5) Bee Venom - kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.



Ada 5 langkah merawat masalah kulit wajah menggunakan rangkaian Safi Rania GOLD iaitu :

🎀Membersih - Pembersih Solekan (Honey), Pembersih Wajah (Royal Jelly), Gel Pembersih Wajah (Honey), Pembersih Wajah Lembapan Mendalam (Honey & Royal Jelly), Skrub Wajah (Propolis)
🎀Menyegar - Penyegar (Honey), Semburan Booster & Penyegar (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan (Honey)
🎀Merawat - Serum Konsentrasi 50x (BEETOX & Propolis), Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)
🎀Melembap - Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis), Krim Pelembap Malam (Royal Jelly)
🎀 Menyeri - Krim CC SPF37PA++IR (Royal Jelly), Masker Keremajaan (Royal Jelly), Krim Kecantikan Rangkaian Safi Rania GOLD yang Cik Nor guna ialah Pembersih Wajah (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan, Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) dan juga Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis).

Fungsi produk produk tersebut seperti berikut :



🌸Pembersih Wajah (Royal Jelly) ia merupakan formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan agar membersih secara mendalam.


🌸Esen Emas Keremajaan pula mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.


🌸Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) terdiri dari Beetox, Nano Hold 24K dan Vitamin C yang meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.


🌸Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis) pula melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR).

Hasil menggunakan Safi Rania GOLD yang terbukti secara klinikal ialah kulit semakin anjal, kehalusan kulit semakin meningkat, pemulihan tona kulit dan pengurangan kedutan di mana responden adalah terdiri daripada kalangan wanita melayu berumur antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk selama 14 hari atau lebih. Ia juga terbukti dalam ujian klinikal berdasarkan penggunaan selama 2 bulan.



Bila umur semakin meningkat, perlunya menjaga kulit wajah agar sentiasa tampil sihat dan anjal. Penggunaan rangkaian produk untuk kulit wajah juga kena sesuai dengan umur juga kan. Umur dah 30++ ni pastinya Cik Nor perlu menggunakan produk yang sesuai kan. Jadi, Safi Rania GOLD ini memang sangat sesuai untuk Cik Nor gunakan. Bila umur dah nak masuk 4 series ini macam macam masalah kulit akan timbul. Tidak perlu risau atau was was menggunakan produk Safi Rania GOLD ini kerana ia terbukti selamat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

16 comments:

  1. Blink blink gtewww,, kotak cantik hiii,,,

    ReplyDelete
  2. Dop comei lg xtau nak oyak ngane haha safi rania xprnaj try lg ..

    ReplyDelete
  3. Saya pun pengguna Safi Rania Gold..
    Alhamdulillah serasi dengan kulit muka..

    ReplyDelete
  4. best kat muka..s esuai sangat. Lisapon pakai... antipenuaan kan..nk cegahtanda2 awal penuaan

    ReplyDelete
  5. nampak class dan versatil kotak dia.

    ReplyDelete
  6. Nak tiru cantik macam cik nor gak la..hehe

    ReplyDelete
  7. patutlah berseri-seri muka cik nor...guna safi rupanya

    ReplyDelete
  8. wow... kotak pun dh blik pasni harus blink2 ni... hehe

    ReplyDelete
  9. abis laa gelita laa kwn kita ni nnt bak nora danish...

    ReplyDelete
  10. cantik cik nor.. secantik safi rania.. hehe.

    ReplyDelete
  11. Tambah cantiklah nampaknya Cik Nor lepas ni, berseri seri kalah Nora Danish hihi...

    ReplyDelete
  12. Kinah pun tengah guna safi rania gold ni. Best dan wangi sangat.

    ReplyDelete