Breaking News

Bila Memori Tablet Ko Asyik Penuh


Assalamualaikum..

Malam rasa macam ada kerajinan sikit, maka gigihlah Cik Nor menulis entry baru malam ni. Bagus tak Cik Nor malam ni.haha. Dah datang vengon Cik Nor ni, dia masuk balik. Dia angkat sendiri. Korang layan jer lah yer. Kalau korang tak layan Cik Nor merajuk tau.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Gambar kat atas tunjuk lain, Cik Nor cerita lain. Bengang kan? Begini ceritanya, 2 3 minggu lepas tab Cik Nor asyik memori penuh jer. Dah uninstall mana aplikasi yang tak guna. Dia ok kejap. Lega jap. Tapi bila ada orang kongsi gambar atau video kat whatsapp group mesti memori penuh balik. Padahal dah padam mana-mana gambar atau video yang tak berkaitan.

Tetap jugak memori penuh. Aduh rasa nak campak jer tab ni. Tapi ni lah satu-satu harta nak cari makan kat blog. Hehe. Bila memori penuh sesetengah aplikasi tak boleh guna termasuklah gmail. Aduss, jangan macam tu. Cik Nor kan penunggu setia job blogger yang dihantar melalui gmail. Cehh...macam blogger hebat orang selalu tawarkan job. Berangan jer lebih Cik Nor ni😁😁

Gigih la Cik Nor pergi check kat pengurusan. Aplikasi apa yang membebankan ni. Senang nak uninstall. Sekarang tengok whatsapp guna sampai 400mb. Ini tak boleh jadi ni. Patutlah memori selalu penuh. Apa lagi, Cik Nor padam semua perbualan whatsapp group yang dah berkurun tak padam. Maka terhasillah macam dalam gambar di atas. Kini penggunaan memori untuk whatsapp berkurangan menjadi 200++mb. Ringan sikit tab, kalau tak asyik memori penuh jer. Daripada malam sampai bawak ke tempat kerja baru siap padam. Punyalah lama oii nak padam dia..huhu

Korang pernah alami perkara macam Cik Nor tak? Jomla sharing.πŸ˜€

20 comments:

  1. selalu kalau masalah memori full ni, saya jadi mangsa kena baiki dalam family saya sebab kononnya saya jurusan IT. hahahah.

    (saya akan connect ke pc and akn check file2. sbb kebanyakkan apps save file dalam phone storage dan itu yg selalunya buat full)

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya bagi tips sikit~ Dekat settings Whatsapp, cuba cari perkara yang berkaitan dengan 'data savings', lepas tu dia akan ada option supaya boleh pilih video/gambar yang nak download, jadi kalau nak tahu tu gambar/video apa, boleh tekan untuk download. Selective la, takde la asyik penuh dengan spam :'D

    dianeeya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. CCL selalu clear mesej2 dalam group ni tak simpan banyak-banyak . Gambar-gambar dan video CCL tukat setting . Kalau nak tengok baru CCL akan download . Kalau auto download masalah jugak nak kena delete gambar2 tak berkaitan

    ReplyDelete
  4. Aira pun setting whatsapp jugak. Memang semua off auto download. Lepastu, auto update apps pun tutup jugak sebab kalau asyik update memang makan banyak space. Hehe

    ReplyDelete
  5. Ana pun selalu clear wassap chat. Nampak biasa je tp berat juga tau wassap chat tu. Dan skrg memang off auto download tu. Bila perlu je baru kita download. Tp lepas tu delete.

    ReplyDelete
  6. Kalo CR memang akan selalu clearkan wasap group or personal mana2 yang tak penting. Sebab selalu gak hp CR jadi camni. Memori full. Huhu

    ReplyDelete
  7. rabia pakai tab asus.skrg dh full memory.so pakai samsung galaxy y je.byk gmbr kot.byk dowload lagu.dah delete semua tu.tp masih full memory.

    ReplyDelete
  8. Saya belum ada pengalaman guna Tab

    Hand phone sekarang pun selalu juga full memory..

    Buang sahaja gambar atau video yang tidak berguna lagi

    ReplyDelete
  9. Masya Allah banyaknya mesej Cik Nor simpan...

    ReplyDelete
  10. dulu phone cik sue pun full sokmo ,skg kena bebel ke tok laki,so kena rajin la membuang apa yg tak patut,apps pun apa yang perlu je,gambar wasap memang tak auto download,nak download manual yg enting ,kalau terdownload yg spam ,delete terus memang tak simpan...grup wasap plak star kan yg penting pastu delete je hahahha

    ReplyDelete
  11. memang selalu jadi. lebih2 lagi iphone yang storage limited tu. kena delete la gambar/video atau apps yg tak guna

    ReplyDelete
  12. Bila dh lama guna application Tu jd besar sizenya. Mmg kena buang atau clear data

    ReplyDelete
  13. hp hakak pun dah hampir full memori dia cik Nor. Tgh duk delete delete jugak mana yg tak patut ni...

    ReplyDelete
  14. Samalah dgn akak nor..
    Selalunya akak delete gambar dgn video..
    Rupanya kena delete juga semua perbualan whatsApp tu ye..
    Ok akak cuba buat..
    Tq share😊

    ReplyDelete
  15. sy xpernah jd lg cam tu... nak buat camana bar guna smartphone sejak umur jannah.... 6 bulan lebih yg lalu... huhu

    ReplyDelete
  16. mek pkai iphone. memori slalu full kat gambar. walaupun dah del, tp iphone ad tempat simpan gmbr del tu slama 29hari. so, kalau tak del kat situ, memang akan tetap full memory phone. pernah mek clearkan gmbr dekat del item, phone space naik 1gb hahahahha

    ReplyDelete
  17. jadi gak sokmo.. clear kat setting whatsapp data usage tu ok la sikit.. pahtu gambar2 semua letak simpan hard disk..

    ReplyDelete
  18. selalu WA group hntr mcm2 n sy clear trs melainkan benda penting. so hp will run smoothly as usual

    ReplyDelete
  19. wassap n fb byk mkn space la cik noor. ada baiknya cik noor beli tablet yg terbaharu dgn RAM dan simpanan yg lebih besar. Boleh kan?

    ReplyDelete