KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, April 26, 2017

Jeruk Madu Pak Ali


Assalamualaikum..

Perasan tak sejak akhir-akhir ni Cik Nor jarang letak watermark kat gambar yang Cik Nor letak kat blog. Haha. Bukan ada muka Cik Nor tak apa tak ada watermark. Yang ada harus ada watermark takut di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.huhu

Minggu lepas Cik Nor tak balik kampung sebab hari ahad kerja isnin pulak cuti. So melepak jer lah dihari minggu. Macam biasalah kalau dok rumah sewa tak ada kerja lain lain la, makan, tidur dan mengemas sikit-sikit. Hehe. Kalau boring keluar pergi bandar tawaf shopping compleks.haha.

Hari khamis tu rakan sekerja ke Pulau Pinang bersama bos Cik Nor untuk lawatan ke kilang apa ntah. Dalam hati Cik Nor, wah ke Penang sedapnya kalau diaorang beli jeruk madu Pak Ali. Ok, berangan dah kat situ.haha. Tolong jangan gelak k.😂😂😂

Pagi jumaat tu bangu awal sikit sebab lapar. Tapi still golek-golek atas katil lagi layan social media. Dok tengah-tengah syok melayan instagram or facebook, member yang pergi Penang tu call. Kak ada kat rumah ke? Tak balik kampung? Laju jer jawab..tak balik.  Siap tanya..nak kunci pejabat ke? Sebab sebelum ni dia ada cakap nak masuk pejabat. Eh.. bukan ..nak hantar jeruk. Jerukk? Wah..teruja jap..tak sangka dia tahu isi hati Cik Nor.haha

Alhamdulillah..dapatlah sebungkus jeruk madu Pak Ali. Korang pernah tak berangan macam Cik Nor then tiba-tiba dapat betul.hihi 

7 comments:

  1. Ni buat saya nk singgah kedai jeruk pak ali esok ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. dulu kalau g penang nk blk mesti beli... mcm dah rutin laa plak jeruk ni hahahah

    ReplyDelete
  3. rietta pown suka jeruk pak ali...jeruk lain xminat sangat...

    ReplyDelete
  4. Wah macam kat Syurgalah pulak.... teringin tetiba terus jeruk datang haha

    ReplyDelete
  5. duk berangan nak makan belum dapat lagi hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...