Breaking News

Ingatkan Rosak....

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum

Dah lama betul Cik Nor tak cerita pasal mr. Purple sejak dia kena langgar lari 2 tahun lepas rasanya. Hehe. Nak buat macam mana orang berkenan dengan bontot mr. Purple Cik Nor terus la di cium dan yang paling tak best dah la cium tanpa kebenaran, lari pulak tu. Nasib la tak teruk mana tapi Cik Nor doakan moga kereta yang cium bontot mr. Purple Cik Nor dicium oleh kereta lain lebih teruk lagi. Jahat kan. Haha

Dah-dah, Cik Nor nak cerita pasal lain sebenarnya.hehe. Dah 2 3 minggu jugak bawak kereta, stereng kereta macam berat jer. Cik Nor buat tak peduli jer. Mungkin angin kurang kot. Cik Nor tak arif sangat pasal kereta ni. Tahu naik dan isi petrol jer. Haha. Segala isi perut kereta jangan tanya, satu benda pun tak tahu.  Sekali kakak pula drive kereta Cik Nor, dia tanya kenapa stereng berat. Cik Nor cakap mungkin angin kuranf kot. Dia cakap tak mungkin, nampak tayar ok jer. Cik Nor dah cuak, suruh adik check minyak untuk stereng. Baru Cik Nor tahu myvi automatik tak guna minyak stereng tapi menggunakan electronic power stereng(eps).

Akibat terlalu cuak, Cik Nor telefon produa services tanya dia apa masalah.  Pegawai kat perodua tak dapat bagi jawapan kecuali Cik Nor bawak kereta pergi check. Hari Cik Nor bawa la mr. Purple untuk pergi check mana tahu ada sakit serius. Tengah menunggu tu, mekanik perodua panggil Cik Nor, ingatkan mr. Purple ada sakit yang serius rupanya tidak. Diaorang dah check semua, ternyata tiada masalah. Cuma kurang angin jer. Cakap kat dia kenapa simbol eps tu lambat padam setelah enjin di start. Dia kata tu normal. Kalau tak normal bila simbol eps tu menyala tak padam-padam. Oo..baru Cik Nor tahu..hehe. dah termalu disitu sebab tak tahu tengok angin kereta.haha

Tapi moral of the story kalau tak tahu sangat pasal kereta jangan pandai-pandai buat andaian sendiri. Lebih baik serah pada yang pakar. Satu lagi kalau boleh, jangan pergi check kereta di bengkel yang kita tidak ketahui apa kelebihan dan kelemahannya. Nanti tak pasal-pasal kereta tak rosak tapi duit melayang sebab macam-macam yang ditukarnya. Betul tak? Tadi pun Cik Nor kena bayar rm21.20 sahaja untuk check masalah kereta.

Korang pernah ada masalah kereta macam Cik Nor tak?

12 comments:

  1. Kalau angin tayar kurang memang berat sikit sterengnya... tak pe pengalaman bagus untuk masa depan.. kalau salah tempat tadi memang kena tukar itu dan ini kan...

    ReplyDelete
  2. Nasib pergi perodua servis. Pergi bengkel mana2 confirm cik nor kena cekik dengan diorang macam kereta kami dulu. Mentang2 la kereta lama. Sekarang dah tukar perodua bawak p jumpa perodua servis je. Tak berani dah. Biasala kita orang perempuan tau bawak je hihi. Setuju dengan pendapat cik nor tu better bawak pada yang lebih pakar.

    ReplyDelete
  3. saya ni dahlah tak tau pasal kereta. lesen pun takde cik Nor. huhu

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak rosak kereta tu kak. kalau rosak melayang la duit nampaknya hehe.

    ReplyDelete
  5. Samalah kita cik nor.. Tahu bawa dan isi minyak je..
    Selalunya tayar encik suami yg check.. hehehe

    ReplyDelete
  6. takpe.. belajar slowly...

    psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  7. Zumal pun sama tahu bawa kereta tapi tak tahu pasal hal kereta, pernah juga jadi macam Cik Nor

    ReplyDelete
  8. Pasal kereta ni...kalau bunyi lain sikit pun julia inform husband tak berani la nak bawa ke kedai sbb takut orang ckp benda tak rosak jd rosak haaa...

    ReplyDelete
  9. Ada cik nor...masa tu Pak Jilap outstation. Tayar mcm lembik...dahlah tak pernah pam tayar. Mintak tolong jiran tunjuk camne nak pam. Sekarang i dah terer pam tayar hokey hihi...

    ReplyDelete
  10. sama la macam saya. pagi-pagi start keta terus jalan, yang lain dah tak tahu, hehehe

    ReplyDelete
  11. kite kalau apa2 bawa pergi perodua servis je kak. hehe. tak tahu apa2 pasal kereta

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah so far x de masalah lg. sy mmg g service tmpt dan ms yg tepat... kalu ada masalah trs beritau kt pomen...

    ReplyDelete