KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, February 11, 2017

Selamat Hari Lahir Nur Izzah Athirah

Assalamualaikum..

Semalam last minute buat majlis harijadi anak buah Cik Nor yang ke 15. Pagi-pagi kakak dah kejut supaya teman dia pergi pasar. Dengan terpaksa bangun lah Cik Nor. Hehe. Ingat hari minggu nak bangun lewat sikit, almaklumlah hari cuti kan. Bila lagi nak bangun lewat. Kihkih. Opps..kantoi kalau bakal mak mentua baca blog Cik Nor.haha

Keluar rumah bukan main awal tapi balik rumah dekat pukul 12.00 tengahari jugak. Cari barang untuk masak dimajlis hati jadi dan sambil-sambil tu tunggu anak buah balik tuisyen. Sempat la shopping apa yang patut.hehe


Balik dah lewat, then ready untuk masak tengahari. Dah penat tu rehat dulu kejap. Ingat mak dah start buat kuah laksa. Untuk pengetahuan semua, family Cik Nor decide buat laksa dan laksam jer. Laksa dan laksam kami beli yang dah siap, just siap kuah kat rumah. Alahai mahal nya barang-barang sekarang ni. Santan pun dah RM11 sekilogram.  Start buat kuah pukul 3.00 petang, dekat pukul 5.00 petang jugaklah baru siap. Tu pun buat berdua dengan mak jer. Mak buat kuah laksa Kelantan manakala Cik Nor buat kuah laksa penang. Kuah laksa kelantan yang mak buat confirm sedap. Yang Cik Nor buat tu jangan tanya la..hihi


Dah siap tu dalam pukul 5.30 petang majlis bermula. Jemputannya hanya jiran-jiran tetangga. Alhamdulillah laksa dan laksam yang kami sediakan 10kg tinggal sikit jer. Hehe. Di samping laksa dan laksam kami juga sediakan kek, nugget dan fries.  

Apa-apa pun selamat hari lahir yang ke 15 buat Nur Izzah Athirah aka kakak semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah. Maafla kakak, acik tak sempat nak ready kek SR untuk kakak. Hehe

6 comments:

  1. Selamat Hari Lahir juga Izzah...makanan tak habis tak pe... boleh bungkus bawa balik... hehe

    ReplyDelete
  2. Happy birthday izzah! sedapnya laksa, saya suka yang kuah lemak tu. Ada lagi tak yang tak habis? boleh saya habiskan haha.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. bertmbah lg usia.
    selamat hari lahir kakak.
    smga brjaya di dunia dan akhirat.


    psstt:cik nur. su dah pindah mai ddk jerteh. in shaa Allah. nti ada msa nk juge jumpa cik nor. hiks. tnggu cik nor blk machang lah dkat sikit..

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday athirah... thn ni amik PT3 kan? belajar rajin2 no...

    ReplyDelete
  5. Hihi...sedap jugaklah....dah anak dara yg buatkan..... Happy bezday Athirah

    ReplyDelete
  6. Hepi belated besday. Seronok bila tengok orang yang kita sayang happy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...