KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Fetuccini Carbonara Versi Cik Nor


Assalamualaikum

Hari ni macam tiada idea nak tulis apa. So, jom Cik Nor share dengan korang resepi express bagi orang malas tapi nak makan.hehe

Resipi Fetuccini Carbonara

1 paket fetuccini 
1 tin sos carbonara prego
2 ulas bawang merah dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit isi ayam/ sosej ( masukan kesemuanya ok jugak)
1 sudu minyak zaiton
1 sudu minyak masak 
Garam dan perisa tambahan secukup rasa

Cara- caranya:

1. Rebus fetuccini sehingga lembut ( jangan lupa masukan sedikit minyak & garam) 
2. Panaskan minyak zaiton, kemudian tumis bawang merah & bawang putih. Dah naik bau masukan isi ayam / sosej. 
3. Agak-agak dah masak isi ayam/ sosej masukan sos carbonara prego mengikut kemahuan anda. Cik Nor masuk separuh jer sebab Cik Nor rebus separuh jer.
4. Kalau agak pekat boleh masukan sedikit air. Kalau nak lebih sedap bolehla tambah garam dan perisa tambahan. Kawan Cik Nor suggest supaya letak lada hitam. Ada rasa pedas-pedas sikit.
5. Agak-agak dah sedap dan masak..jom kita makan. Mudahkan resipi orang malas macam Cik Nor. Hihi

9 comments:

  1. idah tak pernah makan fettucine nie... selalu tengok orang makan jer... idah agak2 rasanya sama jer dengan spaghetti kot... cuma bentuk jer yg berlainan... :D

    ReplyDelete
  2. lama tak makan carbonara huhuuu feveret gak tu

    ReplyDelete
  3. Susah betul nak sebut namanya... hehe Panggil Mee Belit boleh tak? Hehe

    ReplyDelete
  4. Yg best buat pasta-pasta ni cepat siap dan sedap:)

    ReplyDelete
  5. temptingnya, nanti nak trylah, tq for sharing recipe, hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  6. Wahh wahhh sedapnya.. tak pernah masak lagi ni.

    ReplyDelete
  7. saja je cik nor buat kami ni kelaparan ;-)

    ReplyDelete
  8. Wah Cik Nor sejak buat entri King Coco ni terus tekak beralih selera haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...