Breaking News

Nasib Tak Kena Tipu


Assalamualaikum..
Macam mana nak mula Cik Nor pun tak tahu. Rasa macam masih bingung lagi ni. Tahu kan Cik Nor dah start berniaga balik. Cik Nor kalau berniaga mesti masuk kan iklan kat mudah.my.  Nak di jadikan cerita iklan tu dah lulus. Tiba-tiba ada nombor dari luar negara whatsapp tanya pasal tudung. 

Cik Nor layankan aje sebab customer mesti di utamakan. Dia cakap nak beli 5 helai tudung. Nak hadiahkan kepada kawan dia kat Sabah. Kononnya nak buat suprise la. Cik Nor on je. Orang nak beli..Kita apa lagi. Excited la. Malam tadi dia dah nak buat pembayaran tapi line internet slow so, dia cancel dulu. Tiba-tiba hari ni dia berjaya membuat pembayaran tetapi bayarannya terlebih. Cik Nor dah cuak tengok amount yang tecatat dalam email.


Cik Nof macam dah pelik, so balas whatsapp dia tanya lah kenapa transfer RM600. Dia cakap harga tudung yang Cik Nor bagi tu kecil nilainya, tak boleh nak transfer. Eh.. kat situ Cik Nor dah pelik..suka hati kita la nak transfer berapa kan. Duit kita..tak kan bank nak halang kan? Tak tahu la kalau kat oversea tak boleh. 

Dia whatsapp lagi katanya Cik Nor kena dahulukan bayaran sebanyak RM480.00 baru transfer tu diluluskan. Eh. Apa kes ni. Aku tak dapat duit sesen tiba-tiba nak kena bayar kat dia. Kalau RM10.00 tak per la. Ni RM480.00...zaman gawat ni tiba-tiba senang jer nak bagi orang. Giler ke haper?  Masa dia dok suruh bayar tu Cik Nor teringat kes exroomate Cik Nor dulu. Apa lagi...whatsapp dia tanya. Dia kata ignore kan saja. Kita bukan dapat duit pun dari dia. 

Cik Nor bukan tanya dia seorang tapi ramai orang. Semua cakap jangan layan tu tektik dia nak menipu kita. Serik nak berniaga kalau macam ni.huhu. 

Kalau korang kat tempat Cik Nor apa korang buat?

16 comments:

  1. Scammers byk sekarang ni... hati2 kalau nak berniaga.. kalau luar negara tu abaikan je atau no pelik2... hati2 ya..

    ReplyDelete
  2. Kat mudah mmg ramai scammers. haritu saya iklankan wallet. sama la ada orang nak beli untuk bagi hadiah dekat kawan. modus operandi yg sama. tapi saya tak layan.

    ReplyDelete
  3. Bahayanya cik nor, sedapnyaa dia nak scam beratus, ingat senang kita nak cari duit kan.

    ReplyDelete
  4. lepas ni,nak kena lebih berhati-hati lah nampaknya..

    ReplyDelete
  5. Sy x percya, klau btl ikhlas org tu nak bli byr msti dia x ckp mcm tu..kena aleet benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  6. kalau nieyl,nieyl x kan click dan terus laporkan pada pihak berkuasa..

    ReplyDelete
  7. Nice sharing..lama ni tak tau pulak ada jugak penipu buat mcm ni..aiyoo

    ReplyDelete
  8. Nice sharing ni.. Berguna.. Harap2 tak berulang kan..

    www.erazfadli.com

    ReplyDelete
  9. kena ada online banking, senang nak cek duit keluar masuk

    ReplyDelete
  10. Macam macam orang nak menipu ye Cik Nor....tapi pandai pulak dia buat status yg mcm dia dah transfer duit tu...

    ReplyDelete
  11. Nasib baik tak bank in duit kat dia lagi. Sekarang ni ramai scammer guna taktik camni. Kena lebih berhati-hati pasni

    ReplyDelete
  12. apa shj urusan... kalu dia ckp DAHULUKAN BAYARAN SEBANYAK SEKIAN SEKIAN.... tu mmg dah jelas PENIPUAN. so satu je sy nk ckp: IGNORE!!

    ReplyDelete
  13. P/S emel address yg plg bwh sekali tu sekali tgk je mmg dah mencurigakan cik nor... apa2 pun nasihat sy, cik nor tgk dulu emel. kalu nmpk merapu / pelik / lain mcm, tu mmg SAH2 MENIPU!

    ReplyDelete
  14. Scammer nie.. memang perlu hati2. Kalau dia suruh masukkan duit dahulu memang something wrong.

    ReplyDelete
  15. duhhh scammer everywhere. ade2 je idea org zaman skrg ni nak menipu kan

    ReplyDelete