KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, February 6, 2017

Bukan Orang Bersalin Jer Meroyan...Cik Nor Pun Boleh Meroyan Dengan Sikap Rakan Serumah


Assalamualaikum..

2, 3 hari lepas negara kita dikejutkan dengan berita sedih mengenai seorang ibu mengelar anaknya sendiri. Kalau dibaca berita itu didada-dada akhbar memang sangat kejam. Tiada siapa menduga dan menyangka ibunya itu menghidapi penyakit kemurungan atau meroyan. Bagi yang dah berkahwin dan telah mendapat anak mereka akan tahu apa itu meroyon. Cik Nor nak terang panjang lebar pun Cik Nor tak kahwin lagi dan tiada pengalaman. Hehe.

Tu la kan, kalau tak ada orang tua disisi semasa berpantang memang agak rumit jugak lah. Semua kerja kena buat sendiri. Tambah-tambah lagi dapat pula suami yang sentiasa sibuk walaupun isteri tengah berpantang. Ingat lagi masa kakak-kakak Cik Nor bersalin, semua balik duduk dengan mak selama 44hari erk? Hentam jer ni. Hehe. Dah lepas 44hari tu barulah mereka balik ke rumah masing-masing. Kira masa tu mereka dah betul-betul sihat dan boleh melakukan kerja rumah sendiri. Yang jadi mangsanya adik-adik yang tak kahwin lagi la...huwaaa. siapkan makan, basuh baju baby. Semuanya Cik Nor pernah alaminya.

Amboi panjangnya membebel, lain tajuk yang ditulis lain cerita dia bebelkan. Kalau orang bersalin meroyan sebab semua kerja nak kena handle sendiri. Macam Cik Nor ni bukan tahap meroyan tahap sakit jiwa pun boleh jadi bila tinggal serumah dengan orang tak faham bahasa dan tak tahu menghormati orang lain.

Sebelum ni Cik Nor ada membebel kat Sini pasal housemate tak reti nak susun selipar/kasut atas rak. Malam tadi punya cerita housemate yang suka-suka hati buang sampah dalam tong tanpa meletakan plastik sampah terlebih dahulu. Mana Cik Nor tak hangin, pagi-pagi bila sampah penuh Cik Nor tolong buang. Nak tolong letak plastik sampah dah tong tu pun tak boleh. Takut patah tangan ke apa? Kadang-kadang kalau Cik Nor balik kampung 3 hari, maka menimbunlah sampah kat dapur tu tak de siapa yang sudi untuk membuangnya. Si tua ni lah jugak yang akan datang membuangnya.huhu.

Nak kata budak-budak lagi, semuanya dah ber couple dan ada yang dah kahwin. Tak kan lah semuanya nak diberikan arahan. Fikirlah sendiri. Masing-masing dah tuakan. Huhu. Dengan rasa busuk hati Cik Nor sorokkan tong sampah tu. Biar padan muka, rasakan. Saper suruh jadi insan pemalas dan pengotor? Jahat tak Cik Nor?haha

Uikk..panjangnya membebel. Stop dulu ya😀

14 comments:

  1. hahahah, sabor jela dengan perangai orang yang macam ni, adam belum ada pengalaman lagi kot maybe lepas ni adam akan dapat pengalaman macamni huhu, memang hati kena kental :'D
    New Update: Random ft SPM result countdown

    ReplyDelete
  2. ape nak buat..kadang lelaki tak paham

    ReplyDelete
  3. Memg bikin geram, suda la kita bgi kemudahan so pndai2 guna dgn sebaiknya kan,adehh sbr kak

    ReplyDelete
  4. hehehe, jaga-jaga bila cik nor meroyan.
    Memang sakit hati bila dapat roomate macam ni.
    Nak bersabar pun sampai bila.

    ReplyDelete
  5. Biasalah Cik Nor kalau dah duduk ramai ramai mcm tu. Kadang kadang kita nak diaorang faham apa yg kita nak tapi tak semua org boleh faham, maka cakaplah baik baik atau tampalkan Peraturan rumah.... barulah depa tau kehendak kita kot

    ReplyDelete
  6. itu memang adat berkongsi rumah sy pun begitu jg. mmg marah. tp kalau jenis x reti nk berfikir tu lg menyirap darah sy ;-)

    ReplyDelete
  7. Hehehe... tulis nota lagi kat tepi tong sampah tu... Hehe

    ReplyDelete
  8. kalau aku, dah selamat aku buang...

    ReplyDelete
  9. haha..setuju dengan cara kak nor. nak jadi pengotor, guna tong sampah sendiri la..kadang-kadang orang sekeliling kita banyak pengaruhi perasaan kita. bila dah terlalu lama bersabar, nanti meletup baru la orang ingat kita meroyan ke apa..jemput singgah sweetsourplumlicious.blogspot..

    ReplyDelete
  10. bukan housemate je, cik nor..kat mana2 pun ada org yang macam tu..jenis pemalas..agak2 kat rumah parents dorang, camna la gamaknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...