Breaking News

Resepi Sambal Kelapa Nasi Impit

Sumber google

 Assalamualaikum..

Lama jugak kan Cik Tak kongsi resepi simple dah campak-campak Cik Nor kat sini. Hari ini terasa rajin lah pulak nak taip resepi kat blog ni. 2 minggu lepas ada nenek Cik Nor ada bagi beras nasi impit segera. Ingat nak buat kuah kacang tapi mak pulak pantang tak boleh makan kacang sebab ada penyakit gout. Terus teringat sambal kelapa.

Apa lagi satu hari suntuk dok buat sambal kelapa ni..haha. Sebenarnya buka lama pun buat sambal ni tapi tak ada pembantu yang menolong tu jadi lambat. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sambal kelapa ini.

Bahan-bahannya : 

1. Satu biji kelapa parut

2. 6 ekor ikan ( Cik Nor guna ikan selayang sebab isi dia tebal dan manis) - bakar kosong

3. 6 batang serai ( mayang halus)

4. 5 ulas bawang merah ( mayang halus)

5. gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Sangai atau goreng kelapa hingga garing dan keperangan. Sambil menunggu kelapa garing boleh la asingkan ikan dengan tulang.

2. Bila kelapa hampir garing, masukkan isi ikan, serai yang telah dimayang dan bawang yang telah dimayang tadi.

3. Bila sudah nampak kelapa garing dan bahan-bahan lain layu dan masak boleh la tutup api.

4. Blend sehingga halus bahan-bahan gorengan tadi

5. Masukkan garan dan gula secukup rasa.

Dah siap, boleh la dimakan bersama nasi impit diwaktu pagi. Selamat mencuba.

Baca juga : Resepi Kerabu Kacang Botol

5 comments:

  1. tak pernah try.. nampak mcm sedap

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. mcm yg makan dgn nasi kerabu tu ke?

    ReplyDelete
  3. ooo pakai ikan selayang... ok ok boleh cuba nnt utk raya haji

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan nasi impit + sambal kelapa.mcm sedap je..

    ReplyDelete