Breaking News

Sinopsis Drama Malam Zulaikha

 

Sinopsis Malam Zulaikha

Menceritakan tentang kehidupan Zulaikha yang berubah kerana pendamping yang hadir akibat perjanjian yang dibuat oleh ibunya. Bagi merungkai misteri pendamping tersebut, Zulaikha telah pulang ke kampung untuk mencari segala jawapan.

Zulaikha (Sweet Qismina), seorang pelajar tahun akhir di sebuah kolej sering mengalami gangguan mistik sejak usianya menginjak 20 tahun. Pelbagai perkara aneh yang berlaku sehingga membuatkan Zulaikha menjadi seorang yang pesimis dan suka menyendiri. Dek kerana semakin hilang arah dengan kehidupan, Zulaikha terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada gangguan misteri yang dihadapinya.

Setelah mengetahui keadaan Zulaikha, Izmir (Adam Lee) telah membawa Zulaikha untuk bertemu bapanya yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam. Zulaikha dikatakan didampingi saka dan dinasihatkan untuk pulang ke kampung bagi mengungkap kebenaran di sebalik saka yang mengikutinya itu. Walau bagaimanapun, lebih banyak persoalan yang timbul apabila dia cuba untuk mendapatkan kehidupannya yang dahulu.

Lebih bingung lagi apabila ibu Zulaikha, Suria (Amyza Aznan) telah meninggal dunia secara misteri sebelum dia sempat menceritakan rahsia pendamping itu. Apakah misteri di sebalik pendamping yang mengikuti Zulaikha? Apakah pengakhiran kepada kisah Zulaikha yang sedang mencari jawapan tentang gangguan mistik tersebut?

Lakonan:Sweet Qismina sebagai Zulaikha, Adam Lee sebagai Izmir, Maria Farida sebagai Mustika, Amyza Aznan sebagai Suria, Ku Faridah sebagai Engku Salbiah, Fiza Thomas sebagai Farah, Rahim Jailani sebagai Rahim, Dilla Ahmad sebagai Juhara, Vanidah Imran sebagai Wangi, Rasyidah Jaapar sebagai Mak Som, Syahmie Thsaqeef sebagai Haikal, Mikael Noah sebagai Adib, Danny Shah sebagai Damia, Zalela Kadir sebagai Anum, Azhar Amir sebagai Ali, Zalfa Zin sebagai Mak Som (Muda)
Fadzil Abdul Aziz sebagai Pak Hassan, Syahmimi Kaman sebagai Mi, Aisy sebagai Tok Bomoh, Damia Qaissara sebagai Zulaika (Kecil), Aiman Minsi sebagai Buyung

2 comments:

  1. ada tgk iklan dia kat tv..dah start yeak..macam nak tgk tapi riso takut seremmm pulak..haha..

    ReplyDelete
  2. ingatkan cerita cinta, best la cerita mistik

    ReplyDelete