Al-Fatihah Rohana Jalil @ Dara Abdul Jalil
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam tadi
Khabar duka itu disahkan pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun kepada BH Online, sebentar tadi
"Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi.mmm
"Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.
"Arwah pergi dengan tenang dan urusannya dipermudahkan," katanya kepada BH Online.
Menurut Jepun, jenazah arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.
"Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah berbuat datang ke Masjid Al-Falah, USJ9.
"Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur," ujarnya.
Terdahulu, keadaan arwah semakin lemah, Jepun memaklumkan arwah diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
"Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia," katanya.
Allahyarham Rohana berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.
Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, arwah sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.
Antara lagu popularnya Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.
Allahyarham Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga cahaya mata perempuan.
Anak bongsunya, Syakila Nisha atau lebih dikenali dengan Kilafairy turut mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi.
Sumber : Sini
Al-fatihah... dulu masa kecil² mmg hafal lagu rayuan ku sbb mak ada kaset rohana jalil ni
ReplyDeleteAl fatihah... tu la baca tadi.
ReplyDeleteAl-Fatihah, semoga roh di tempatkan dikalangan orang yang beriman.
ReplyDeletesmlm dah baca fasal kesihatan arwah semakin kritikal
ReplyDeletealfatihah (dibaca,)
Al-fatihah
ReplyDeletemeninggalnya sehari selps kakak sulung abe kie kembali ke rahmatullah...
ReplyDeleteSaya sempat jumpa dia di terengganu dekat kedai makan sempat bergambar dengannya baik sgt orgnya. Innalilahwainailarojiun
ReplyDelete