Breaking News

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putera

 

Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra

Menentukan bahawa sesuatu perjumpaan itu sekadar pertemuan atau satu suratan amat menyulitkan. Dengan kemunculan Bunga Zinnirah, dapatkah Tuan Putra Anaqi mengubah nasib dirinya setelah pemergian isterinya sekian lama?

Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

3 comments:

  1. x sempat nk tgk kecuali iklan je😀

    ReplyDelete
  2. ada tertengok cerita ni sikit..tengok gitu-gitu je...mcm best jalan cerita dia...

    ReplyDelete