Breaking News

Bulan Oktober Bulan Kelahiran Saya



Assalamualaikum..

Enrty ini untuk cerita bulan 10 punya tapi tu lah dah empunya blog mood dia ke lautan hindi, bulan 11 baru dia tulis kat sini. Sebagai kenangan katanya..puii..Haha. Padahal dia ketandusan idea nak tulis apa.  Dari dibiar kosong dia jumpa gambar dalam gallery phone terus dia jadikan bahan untuk entry hari ini. Hah..giteww lah kisahnya. hehe.

Sempena harijadi Cik Nor yang ke 4 series..haha. Cik Nor belanja family Cik Nor makan kek mahal sikit dari biasa dan nasi lemak dari Merry Browm. Wah..nampak merah makan walaupun tak kerja kan. hehe. Alhamdulillah..ada bayaran untuk task yang Cik Nor buat sebelum ni masuk serentak. Allah..Happy sangat sebab boleh kongsi rezeki dengan ahli keluarga yang lain. Nak kata banyak tu tak juga tapi boleh la beli makanan buat raso-raso.hehe

Mula tu ingat nak jimat belanja guna voucher grab RM100 hasil jawab survey tapi sayangnya Merry Brown Kuala Krai tak ada grab, cuma ada food panda sahaja. Maka simpan lah dulu voucher grab tu untuk next celebration.  Voucher tu lambat lagi expired tak perlu risau. hehe.

Nasib baiklah bayaran kerja Cik Nor baru masuk, maka swipe la guna kad debit. Masa ni jualan novel pun tengah masyukk.. Kiranya dalam akaun selalu ada duit keluar masuk. Untuk pengetahuan korang, Cik Nor bukan sahaja full time blogger tapi Cik Nor ada buat perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual novel preloved dan juga pakaian bundle wanita tau. Kalau korang nak cari novel preloved atau baju bundle wanita jangan lupa hubungi Cik Nor yer.

Gambar kek jer sempat ambil, gambar nasi lemak tak sempat sebab masing-masing dah kelaparan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki Cik Nor untuk selalu belanja keluarga makan sedap-sedap..aamiin.

2 comments:

  1. Happy belated birthday buat Cik Nor. Semoga sihat2 selalu hendaknya.

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday semoga sahabat maya sy yg seorg ni sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan naik pelamin tak lama lg aminnnnnnnn

    ReplyDelete