TAMPILKAN BAKAT DAN KREATIVITI ANDA DI 7 PUSAT KRAFTANGAN TERBAIK DI NEGERI SELANGOR!
Kurang 4 bulan berbaki sehingga kita memasuki tahun 2022, tetapi masih belum terlambat untuk andamencubahobi baharu yang mampu mengasah bakat terpendam anda. Untuk kali ini, Tourism Selangor akan berkongsi 7 lokasi di sekitar Negeri Selangor untuk mencuba hobi baharuyang penuh keunikan tersendiri. Ini masa untuk serlah dan ekspresikan diri anda melalui hasil seni dan kraftangan!
1)
Sewing World
Gallery, Subang Jaya
Terletak di One City, Subang Jaya, Sewing World Gallery telah mula ditubuhkan sejak tahun 1989. Organisasi ini telah mengendalikan banyak bengkel menjahit sejak mula beroperasi untuk memastikan tradisi dan seni menjahit ini diturunkan ke generasi baharu. Ianya juga menyediakan landasan untuk artis yang mempunyai kemahiran untuk menjual hasil seni mereka di sini. “Tunku Azizah Handmade Market”yang dimulakan pada tahun 2010 adalah salah satu saluran untuk pelajar organisasi ini menjual hasil seni jahitan mereka ke pelbagai tempat dari pasar malam ke bazar dan juga Pusat Beli-belah. Organisasi yang telah memperoleh pelbagai anugerah dari tahun 2009 ini juga menawarkan bengkel kraftangandan pembelian produk buatan tangan secara atas talian melalui laman sesawang rasmi mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://sewingworld.com.my/atau hubungi 03 - 5022 3023
2)
The Artsy Craftsy,
Shah Alam
The Artsy and Craftsy adalah sebuah organisasi seni yang
terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mula beroperasi pada tahun 2008, organisasi
ini membantu anda untuk menerokai bakat seni yang terpendam dalam diri anda dan
membantu anda menjadi kreatif melalui pembuatan seni dan kraf. Organisasi ini
juga menyediakan bengkel seni dan kraf seperti mengecat kanvas dantote-bag,
binaan tanah liat kering, seni lukisan coretan (doodle) dan banyak lagi. Organisasi ini mengendalikan
bengkel mereka di studio yang dihias dengan suasana tenang dan selesa bagi
mengekalkan inspirasi buat pengkarya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.theartsycraftsy.com/
3)
Clay Expression,
Subang Jaya
Seperti namanya, Clay Expression adalah sebuah organisasi
yang menawarkan bengkel seni tanah liat. Organisasi ini mengendalikan
bengkel-bengkel untuk seni tanah liat yang kemudian dibentukkan menjadi
tembikar atau pottery yang cantik mengikut kreativiti anda. Selain
daripada mengendalikan bengkel, organisasi ini juga menawarkan kelas-kelas
untuk seni tanah liat. Kelas-kelas terdiri daripada kelas untuk pelajar baharu(beginner),sedia-ada(intermediate)
dan mahir (advanced). Clay Expression terletak di Subang Jaya ini juga
ada menawarkan bengkel secara peribadi berkumpulan dengan minimum 6 peserta
dalam sesi 1 jam, jika anda mahukan sesi pembelajaran yang lebih bertumpu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://clayexpression.com/atau hubungi +6018 299 9054
Pemilik Sew Fabby yang dikenali sebagai Puan Azzah, mula
menjahit dari usia kecil hasil didikan dari ibunya. Kemudian, beliau menyambung
hobi ini pada tahun 2008 dengan mula menjahit beg tote (tote-bag) untuk
kenalan dan rakan-rakan rapat. Mendapat sambutan hangat, Puan Azzah mula mengambil pesanan jahitan di laman Facebook. Sew Fabby telah berjaya menganjurkan bengkel
pertama pada tahun 2012 bertempat di Art 2 Publika. Kini, organisasi ini aktif
menjual hasil-hasil jahitan termasuk patung plushie, tuala bersulam,
bekas pensil bersulam, key chainyang dihasilkan dengan idea sendiri, dan
macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-395 9386
Fabu Cafe yang terletak di Bandar Sunway adalah terdiri
daripada komuniti sekumpulan peminat teknologi dan peminat kraf yang
bersemangat dalam berkarya. Fabu Cafe juga menyediakan ruang komuniti dan
pelbagai alat fabrikasi digital seperti laser, pencetak 3-dimensi dan mesin
sulaman digital untuk pengguna dan pengkarya mendapatkan pengalaman karya seni
yang terbaik. Selaras dengan namanya,
Fabu Cafe juga menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan menu lempeng
bercetak di mana lempeng dihasilkan mengikut bentuk dan hasil seni pelanggan. Fabu
Cafe juga menawarkan khidmat bengkel untuk memupuk semangat senibina dan kesenian
dalam kalangan pelajar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fabu.com.my/ atau hubungi 03-5611 7355
6)
Laman Kraftani, Kuala
Langat
Puan Esiah dari Laman Kraftani, Kuala Langat telah
menghasilkan seni bunga tekap sejak tahun 1999 lagi, yang telah berjaya
menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Penggunaan bunga dalam hasil seni Puan
Esiah semuanya ditanam di rumah kampungnya yang penuh dengan bunga hijau yang
subur dan pokok buah-buahan. Puan Esiah juga telah banyak sertai pameran seni
dibawah tajaan Agensi Persekutuan. Para pengunjung boleh singgah ke Laman Kraf
Tani ini yang terletak di Kampung Sungai
Lang Tengah, Kuala Langatdan belajar beberapa teknik untuk menghasilkan seni
bunga tekap yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3181 7052
7)
Ramadas Pottery,
Kuala Selangor
Ramadas Pottery di Kuala Selangor ada salah satu lokasi
unik yang tersembunyi di Kuala Selangor. Ramadas Pottery yang dimilliki oleh
keluarga Ramadas mula aktif dalam industri ini pada tahun 1976. TuanRamadas yang lahir pada tahun 1951 telah berjaya
memperoleh anugerah Adiguru Kraf Tembikar pada tahun 2012 kerana kemahiran dan
pencapaian beliau dalam seni kraf tembikar. Produk-produk tembikar dari Tuan
Ramadas Pottery termasuk periuk, pembakar kemenyan, periuk tanah liat,
hiasan untuk rumah dan macam-macam lagi. Anda boleh lawati Ramadas Pottery
untuk belajar cara membentuk tembikar menggunakan tanah liat asli menggunakan
tangan dan mesin khusus untuk pembentukan tembikar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0126671373
Melalui
karya seni, anda tentunya boleh ekspresikan diri anda. Kelas atau bengkel dengan suasana yang tenang
dan santai juga mampu memberikan fokus bagi anda menghasilkan karya seni yang
bermutu tinggi.Justeru, serlahkan kreativiti dan bakat terpendam dalam diri
anda di 7 lokasi di Negeri Selangor yang tersenarai di atas!
Untuk
terus membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus
ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di
mana sahaja anda pergi. Pastikan anda mengikuti peraturan termasuklah seperti
memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan
cecair pembersih tangan.
Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor,www.selangor.travel untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.
Kreatif
ReplyDeleteWow, bestnya buat semua aktiviti kraf tangan macamni. Takdelah bosan masa melancong kan
ReplyDelete