JEJAK WIRA MERDEKA BERSAMA VITS
Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik ini.
Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.
“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam kempen ini. Kami amat berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan wira negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita. “Tanpa jasa wira negara kita tidak akan rasa segala kesenangan yang ada di Malaysia ini,” kata Lai Yeah Tat, Pengarah Urusan Vit Makanan.
Aktiviti untuk kempen CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan menghargai para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.
Vit’s telah mengunjungi salah seorang bekas wira negara iaitu Bohari @ Abu Bakar Razali, 62, yang telah meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Namun pelbagai kenangan pahit dan manis masih segar dalam ingatannya. Semasa bertugas, beliau nyaris menjadi korban peluru semasa melakukan rondaan di kawasan terumbu.
Bohari merupakan salah seorang pejuang negara yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka ini. Beliau yang ditemui di kediamannya Sabak Bernam, Selangor menerima bantuan sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai anggota tentera laut yang menjaga keamanan negara.
Bohari menerima sumbangan berupa wang ringgit serta bantuan makanan untuk meringankan beban beliau yang kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru kronik.
“Dengan keadaan sekarang saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak. Sejak lepas pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput. “Nak kena pakai oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu Covid ni, tak berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya. Bohari yang kini semakin uzur terpaksa menggunakan lampin pakai buang untuk mengurangkan pergerakan disebabkan faktor kesihatan beliau.
Pengarah Urusan Vit Makanan, Lai Yaeh Tat menyifatkan program Jejak Wira amat bermakna bagi memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara. Vit’s telah mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong Vit’s dari dulu hingga kini kata Yaeh Tat yang merupakan generasi ke-2 legasi Vit’s.
“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu pandemik ini,” ujarnya.
Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman sesawang di www.vitsnoodles.com atau sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui Puan Syazwany Pegawai Pemasaran di 603-60933999 atau emel di syazwany@vit.com.my.
Alhamdulillah..happy rasanya yang mendapat derma tu..Syukran
ReplyDelete