5 KEDAI KOPITIAM SEKITAR NEGERI SELANGOR YANG PERLU ANDA KUNJUNGI!
Dapatkan Menu Asli Kopitiam yang Digemari Ramai seperti Kopi Istimewa Dan Roti Bakar di 5 Lokasi Ini!
Selain daripada Nasi Lemak, menu sarapan pagi kedai Kopitiam juga amat digemari oleh rakyat Malaysia. Kopitiam yang secara amnya bermaksud "kedai kopi" dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an. Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. Ini 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
1)
Auntie Kopitiam,
Kuala Selangor
Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak
di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935.
Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan
kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini. Selain
menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang
disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan
juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu
makanan yang sempurna untuk memulakan hari anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289
7289
Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahuntelah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.
Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan
pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur
separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847
3)
Chong Kok Kopitam,
Klang
Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan
sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk
tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940. Di
kedai ini, anda boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum
dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. Uniknya,
kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas
untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih
sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996
4)
Nam Wah Kopitiam
Bt 18, Hulu Langat
Satu lagi kedai kopitiamklasik di Negeri Selangor terletak
di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang
terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan
basikal semula jadi yang agak mencabar. Jadi, tidak hairanlah jika anda bertemu
dengan ramai penunggang basikal ketika anda menjamu selera di kedai ini.
Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar
bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.
5)
Kedai Makan Hailam
Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor
Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam
yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun.
Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam
dan juga Mi Hailam. Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh
kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. Mereka kemudian kebanyakannya
berkhidmat di bawah kuasa penjajah British. Justeru, menu ini dicipta dengan
konsep gabungan citarasa Barat dan Cina.
Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini
disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi anda boleh menjamunya tanpa
ragu-ragu!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168
Wah,
menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai
Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari
oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan
peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri
Selangor!
Namun,
ketika musim pandemik Covid-19 ini, anda perlulah sentiasa mematuhi SOP yang
telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan
penjarakan sosial, memakai topeng muka di tempat umum serta menggunakan cecair
pembasmi kuman secara kerap.
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.traveluntuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : MAH Cares
Boleh jadi reference bila ke selangor nanti
ReplyDeleteWah..hehehe terus rasa nak ke dapur nak sarapan dulu kan...
ReplyDeletebest ni kalau dpt ke kuala selangor
ReplyDeletecari kedai kopitiam
Wahhh ciknor jauh buat review sampai Kuala Selangor nie.. thanks sharing sbb tak jauh dgn kita.. ada rezeki nk singgah la kopitiam2 yg ada
ReplyDeleteboleh la ajak en husben ai jalan-jalan cari makan kat kopitiam yang tersenarai ni. hehe.
ReplyDelete