Tips Memilih Dewan Untuk Perkahwinan Anda
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Maka di waktu itulah masing-masing sibuk untuk mengadakan keduri kahwin. Betul tak korang? Masa tu la sibuk nak fikir nak buat majlis kat rumah atau pun kat dewan. Kalau rumah kecik baik buat kat dewan sebab boleh memuatkan ramai tetamu.
Trend masa kini ramai yang memilih dewan untuk menjayakan majlis perkahwinan. Dewan kini menjadi pilihan kerana ia lebih jimat dan mudah untuk diurus berbanding melakukan kenduri kahwin di kawasan rumah yang terhad menggunakan khemah kanopi serta dapat mengelak dari cuaca panas dan hujan. Lainlah kalau cuaca di Malaysia ni sejuk dan nyaman seperti Cameron Highland kan
Maka kami di sini ingin berkongsi tips untuk memilih dewan supaya pengantin dapat menjimatkan kos serta berbaloi dengan servis yang diberikan.
1. Availabiliti Dewan
Pastikan anda sudah tentukan tarikh perkahwinan anda dan kemudian hubungi dewan-dewan yang berdekatan dengan anda atau dewan yang anda rasa ianya strategik untuk perkahwinan anda. Pastikan tarikh yang anda inginkan masih kosong di dewan tersebut sebelum anda melakukan apa-apa deposit.
2. Saiz dan Lokasi Dewan
Lokasi dewan juga sangat penting kerana ia membantu anda untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan vendor serta tetamu untuk hadir ke majlis anda. Selain itu saiz dewan juga perlu diutamakan agar bersesuaian dengan jumlah jemputan dan tetamu lebih berasa selesa kerana tidak terlalu padat, langsung ia dapat melancarkan perjalanan majlis anda
3. Kondisi dan Kemudahan Asas Dewan
Setiap dewan pasti ada kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau, penghawa dingin, parking dan lain-lain. Pastikan anda sudah memeriksa semua kemudahan ini berfungsi dengan baik agar majlis perkahwinan anda nanti berjalan dengan lancar.
4. Tempat Letak Kereta (Parking)
Kawasan parking juga menjadi faktor penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi keselesaan serta memudahkan tetamu yang hadir agar tidak berjalan jauh untuk ke dewan.
5. Dinding Kedap Bunyi
Sekiranya ada menempah PA system untuk majlis anda, pastikan anda memilih dewan yang mempunyai dinding yang kedap bunyi agar majlis anda nanti tidak hingar bingar dan tidak menganggu jiran yang berdekatan (Jika kawasan perumahan) Jika tiada dinding yang serap bunyi pun anda hanya perlu mengingat pada DJ atau pengacara majlis mengawal volume speaker.
6. Pemantau dan Siasatan Dewan
Luangkan masa anda untuk memantau dan menyiasat dewan yang anda inginkan. Meminta izin dari pihak dewan untuk hadir pada hari majlis persandingan atau majlis-majlis lain supaya anda dapat melihat suasana majlis tersebut. Maka mudah untuk anda merancang apa yang perlu disediakan untuk majlis anda itu nanti. Pastikan pencahayaan di dalam dewan juga mencukupi dan suhu dewan juga tidak terlalu panas demi memastikan keselesaan tetamu. Cara ini juga memberikan anda idea untuk susunan pelamin dan makan beradap yang sesuai.
7. Menepati Bajet
Akhir sekali, pastikan harga sewaan dewan menepati bajet anda. Tidak rugi bayar lebih jika kriteria di atas dapat di penuhi. Kebiasaannya, penyelia dewan akan meminta anda membayar deposit sewaan dan deposit kebersihan. Kebersihan dewan adalah tanggungjawab anda. Jika anda meninggalkan dewan dengan keadaan yang kotor, deposit kebersihan tidak akan dipulangkan.
Diharap dengan perkongsian ini, perancangan anda untuk memilih dewan akan dilakukan dengan lebih terperinci dan dapat menjadikan majlis anda lebih sempurna.
Mama Yan dulu buat majlis kat rumah je... dewan jauh
ReplyDeleteawa dulu majlis simple2 kat rumah je... tp tips ni mmg bagus untuk yg nk kawin kat dewan
ReplyDeleteJodoh tak tahu lah dengan siapa . Doakan moga Rabia dapat jodoh dgn org yg baik2
ReplyDeletewoww nice tips.. doakan kite yee
ReplyDeletekalau area Bangi Putrajaya Kajang Cyber memang kena setahun awal la booking. hewhew..
ReplyDeletekalo CT yang penting adalah parking area. nak selesakan tetamu yang datang.
jangan lupa jemput kitew!hehehe
ReplyDeletesewa dewan dah mahal. kt kg sy, 8am - 6pm dah rm1200! brg2 dr rumah pengantin xleh bw msk sblm hari majlis kec pelamin, kerusi meja dan peralatan.
ReplyDeleteyakk2 siap ada tips hihihi...
ReplyDelete