Breaking News

Tampil Segar Dan Menawan Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaaikum


Cik Nor dengan Safi ni memang tak boleh berpisah. Asal ada produk baru dari Safi mesti Cik Nor nak cuba.  Ye lah..Cik Nor memang dah serasi dengan Safi ni. Ada sesekali bertukar produk  penjagaan muka lain tapi tetap tak boleh move on dengan Produk Safi lagi. Dok pung pang, pung pang cakap pasal produk baru safi tapi tak juga cakap apa namanya. hehe. Jom Cik Nor kenalkan korang dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu. Mesti korang tak sabar nak tahu dengan lebih dekat produk ni kan?




Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu merupakan penyegar dan pelembap dalam satu botol. Menarik bukan? Tak perlu susah-susah nak cari satu pelembap dan satu lagi penyegar. Kini dah ada 2 dalam satu. Dah la botol dia saiz sedang, senang nak bawa ke mana-mana.  Tambah-tambah korang yang suka travel, boleh masuk jer dalam handbag korang tanpa menggunakan ruang yang besar.  Nak backpacking ke Cameron atau ke mana mana pun senang nak bawa korang nak tahu apa kelebihan dan kebaikan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni.



Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

*  Memberikan dua kali penhidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.

* Menigkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjag hari dengan lima jenis Hyaluronic Acid.

1. Macro Hyaluronic Acid
2. Nano Hyaluronic Acid
3. Bio-Hyaluronic Acid
4. Oligo Hyaluronic Acid
5. Super Nano Hyaluronic Acid

*  Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

* Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR Oxywhite iaitu Nano Oxygen dan Nano Biowhite.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epirdemis kulit agar segar, bermaya dan berseri. Manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara Menggunakan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Caranya mudah sangat, korang hanya perlu tuangkan beberapa titik lotion ini ke atas tapak tangan. Kemudian sapu rata pada kulit muka korang. Sambil sapu tu jangan lupa tepuk-tepuk lembut muka korang untuk resapan yang lebih cepat kedalam kulit muka. Lotion ni korang boleh guna dua kali sehari selepas korang mencuci muka untuk hasil yang optimun. Nak cantik perlulah usaha lebih sikit.\ yer korang..hehe.


Cik Nor dah guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni dah masuk 2 minggu. Kesannya memang tip top sangat. Kulit muka Cik Nor terasa lembap dan lebih segar dari biasa. Sehari tak guna lotion ni memang terasa lain sangat. Kemana sahaja Cik Nor pergi mesti Cik Nor bawa bersama lotion ni. Rasa tak lengkap make up tanpa lotion ni. Cik Nor dah cuba..korang bila lagi?

Korang yang terasa nak cuba boleh la dapatkan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion Dua Dalam Satu  ni boleh la dapatkan dipasaraya berhampiran korang atau lawati :


Facebook - Safi.My
Instagaram - @safimalaysia
Website -safi.com.my

10 comments:

  1. baik la pakai produk2 gin kan dari pada hok tibang kilo tu...

    ReplyDelete
  2. hot betul produk safi niii. Rata-rata orang duk pakai, sampai blog Ina pun kena tempias.Ahks!

    ReplyDelete
  3. nanti makin ayu wajah cik nor!

    ReplyDelete
  4. wah menarik jugak ni, tq info. oh dah tak kerja ke skrg cik nor, ke kerja sendiri.

    ReplyDelete
  5. Nanti makin comel lah Cik Nor dengan safi ni. 2 in 1. Penyegar sekali dengan pakej pelembap :)

    ReplyDelete
  6. wahh muka jadi lembap dan lebih segar dari biasa la lepas ni

    ReplyDelete
  7. halah halah..senang 2 in 1..pelembap & penyegar...betul la cik nor..sesuai sgt utk yg selalu travel..tak yah nk bawak pelembap la..penyegar la..dah 2 botol..makan ruang dlm beg..ni satu produk utk 2 kegunaan...jimat duit..jimat ruang dlm beg..hehe

    ReplyDelete
  8. ni mesti bau pun wangii kan.. bole cuba jugak ni

    ReplyDelete