Breaking News

Kulit Muka Bebas Solekan Dengan SAFI Micellar Natural Cleansing Water



Assalamualaikum..

Cik Nor ni kalau pakai bedak compact ke atau orang makeup kan muka Cik Nor, mulalah rimas nak cepat cuci. Cuci pun bukan main cuci macam tu jer. Kalau cuci macam tu memang terasa rimas dan tak bersih jer rasa muka. Cik Nor kena cuci guna makeup remover baru terasa yakin yang kulit muka dah bebas dari sebarang makeup, baru boleh cuci dengan pencuci muka yang biasa.Memang kena bawa ke mana mana, tak kiralah semasa kerja ataupun menginap homestay di negeri yang panas seperti Melaka.


Dah alang-alang bercerita pasal makeup remover, meh la Cik Nor kenalkan korang dengan produk baru dari Safi iaitu Safi Micellar Natural Cleansing Water. Ni lah pencuci makeup yang Cik Nor gunakan sekarang. Memang wow dan best sangat.


Safi Micellar Natural Cleansig Water ini diformulasi dan diperkaya dengan 100% bahan aktif semulajadi. Satu jer yang Cik Nor nak tekankan disini, Safi Micellar Natural Cleansing Water ini tidak pedihkan mata tau. Kita ni kadang-kadang syok jer buang makeup kat muka sampai tak perasan kapas yang ada makeup remover termasuk mata. Aduh..pedih weh. Tapi yag ni korang tak perlu risau kerana tak pedihkan mata yer tak macam makeup remover yang lain. Nak cuci lebih sikit kat bahagian mata pun tak apa. Tak perlu risau lagi.


Cerita pasal solekan ni memang tak akan habis sebab ianya memang sinonim dengan wanita. Sehari tak makeup memang rasa tak lengkap Tapi masa korang nak cuci makeup tu, korang terfikir tak jenis kulit korang? Ada sesetengah orang tu ada kulit sensitif dan tak boleh guna pencuci makeup sebarangan. Itu korang tak perlu risau kerana Safi Micellar Natural Cleansing Water ini prihatin terhadap penggunanya. Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation | Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. 




SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose 

* Untuk kulit normal & kombinasi 
* Membersih & mengecilkan liang pori 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi bunga mawar, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri. Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi




SAFI Micellar Natural Cleansing Water -  Neem  

* Untuk kulit berminyak & berjerawat 
* Membersih & mengawal jerawat 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Neem, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

SAFI Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber 

* Untuk semua jenis kulit 
* Membersih & melembapkan kulit 

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap dan juga menyihatkan kulit, hasilnya kulit lembut dan bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Rangkaian produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni dijual dengan harga RM 17.25 bagi botol bersaiz 200ml dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari:

Website SAFI:
www.safi.com.my

Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFIMalaysia

Instagram SAFI: www.instagram.com/SAFIMalaysia 

11 comments:

  1. Mrs.A dah cuba yang cucumber tu okaylah suka
    Lepas ni nak try rose pulak kot

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna micellar sebab tak makeup. guna babywipe je untuk buang lipmatte. hihi.

    Jom baca pendapat Marina pasal movie ni. Movie Review : Spiderman - Far From Home.
    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    ReplyDelete
  3. okey,nnti kita cari..kita try, pedih ke idak..hehe

    ReplyDelete
  4. ak sekung dengan cucumber. memang skali sapu je

    ReplyDelete
  5. best guna ketiga2 dia best hahaha.. tapi rasa muka kin sesuai dege neem kut sbb jerawat ada sokmo

    ReplyDelete
  6. utk sy mgkn krg sesuai kot sbb cpt kering

    ReplyDelete
  7. Ok...nanti boleh cari. Tak pernah cuba lagi ni

    ReplyDelete