Breaking News

Mudahnya Merancang Percutian Dengan Bagasi.MY



Assalamualaikum..

Korang teringin bercuti kat Sabah tapi tak tahu nak macam mana nak dapatkan maklumat tentang negeri Sabah.  Kalau nak bercuti buat kali pertama ke sana memang banyak perkara perlu kita ambik tahu. Kat mana kita nak menginap, mana pula tempat makan yang sedap dan tempat-tempat menarik yang mesti kita kunjungi. Jangan di lupa bajet untuk percutian ini mesti dirancang dengan telti supaya tidak terlebih bajet.

Kini korang tak perlu risau lagi tentang semua itu kerana Bagasi.my membantu korang untuk mencari tempat penginapan yang sesuai dengan bajet korang. Bukan sahaja selesa malah harga yang ditawarkan mampu milik oleh setiap orang.  Kalau korang tak percaya jom Cik Nor kongsikan antara penginapan yang pasti membuatkan korang lagi teruja untuk bercuti ke Sabah.



1.  Kinabalu Valley Homestay 

Homestay yang terletak di Kampung Kinasaraban akan memberikan keselesaan penginapan pada harga di bawah RM50 semalam. Setiap biliknya yang ditanwarkan menyediakan pelbagai kelengkapan seperti TV, rancangan TV kabel, pemanas air, layanan dobi, dan sebagainya.

Apa yang best, korang pasti akan seronok menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dan kesegaran udara pagi di kawasan perkampungan ini.



Bagi korang yang mepunyai bajet lebih ada lagi satu hotel di Kundasang yang berbajet bawah RM150 sehari. Hotel tersebut  adalah Kinabalu View Guesthouse. Ia merupakan sebuah rumah dua tingkat yang menempatkan beberapa bilik penginapan pada harga bajet.

Hotel ini sangat menarik kerana berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan Kampung Kundassan, ia merupakan satu penginapan yang cukup selesa dan cantik. Korang boleh memilih sama ada untuk menginap di bilik persendirian, iaitu bilik Budget Double, yang lengkap dengan katil Twin atau Queen.

Seandainya korang bercuti dengan rakan-rakan, pilih bilik Dorm yang menempatkan beberapa katil dua tingkat. Tidak ketinggalan BBQ pun ada disediakan di sini jika korang mahu membuat aktiviti makan malam dengan keluarga atau kawan-kawan. Pasti asyik sekali.

3. Wind Valley Farmstay 
Korang percaya tak dengan harga RM100 semalam, korang boleh menginap di sebuah penginapan mesra pelanggan yang lengkap dengan segala kemudahan. Pemilik Wind Valley Farmstay merupakan seorang anak muda yang cukup ramah dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

Korang pasti berasa selesa ketika bermalam di bilik di farmstay ini kerana ia lengkap dengan katil yang besar, bilik air peribadi, TV, seterika, dapur kecil, cerek dan alat mandian. Apa yang best sarapan pagi juga disediakan tau!
Malah, korang boleh menikmati pemandangan kampung yang permai serta keindahan Gunung Kinabalu. Korang juga boleh pergi ke air terjun dan menikmati bunyi aliran sungai yang terletak berhampiran dengan farmstay ini. Teruja tak baca dengan keindahan yang sukar digambarkan.

4.  Postar’s BackpackerKundasang 
Jika korang seorang backpacker yang sangat sukakan adventure? Inap di sebuah hostel mesra bajet – Postar’s Backpacker Kundasang. Lokasinya yang terletak di dalam kawasan perkampungan akan memberikan korang suasana alam yang tenang dan cantik.
Di sini, ada ditawarkan dua jenis bilik. Korang boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik peribadi yang mempunyai katil Queen, bilik air, pemanas air, dan alat mandian. Atau, korang juga boleh bermalam di bilik dorm dengan katil bujang. Harganya bermula serendah RM32 sahaja!
Jangan risau tentang sarapan pagi. Ia menyediakan secara percuma dengan minuman teh dan kopi yang free-flow sepanjang hari. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

5.  Kinabalu Mountain Lodge 
Sekiranya korang inginkan percutian yang tenang dan selesa tanpa berbelanja lebih? Korang boleh menginap di Kinabalu Mountain Lodge. Ia tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu, hanya 1 km sahaja. Jika korang bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, hotel ini amat sesuai untuk korang.
Di sini, harga bilik hotelnya boleh didapati dengan berharga serendah RM84, jika korang pandai mencari tawaran istimewa secara online. Bilik hotel di sini berkonsepkan ala kabin dengan kemudahan yang ringkas seperti katil Twin atau katil jenis Full yang cukup selesa serta bilik air kongsi.
Sarapan pagi juga turut disediakan. Korang juga boleh pergi ke pekan Kundasang (10 minit dengan menaiki kereta) untuk makan-makan di restoran atau membeli barangan keperluan.

6.   Rocky Mountain Lodge 
Rocky Mountain Lodge adalah lagi satu hotel di Kundasang yang memberikan harga bajet untuk percutian korang yang akan datang. Ia merupakan tempat penginapan ala lodge yang mempunyai dua tingkat dengan beberapa bilik peribadi.
Untuk bilik yang standard, harganya bermula serendah RM96 sehari. Ia dilengkapi dengan katil Queen, TV, bilik air peribadi, pemanas air (penting kerana tempat ini sejuk!), cerek, tuala dan kelengkapan mandian.
Dari ruang balkoni bilik, korang boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kalau Desa Dairy Farm ada dalam itinerari korang, lodge ini sesuai kerana ia hanya 2 km dari ladang lembu yang popular ini.

Jika korang teringin sangat menginap berhampiran dengan Gunung Kinabalu tetapi mempunyai bajet yang terhad? Jom bermalam di D’Villa Rina Ria Lodge. Hotel bajet ini terletak sangat hampir dengan gunung yang tertinggi di Malaysia, iaitu hanya 500 meter sahaja.
Boleh tak korang bayangkan kecantikan pemandangannya dari sini? Kalau berjalan kaki ke kawasan kaki pergunungan, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Di sini, terdapat bilik dorm dan bilik persendirian. Jika korang pergi dengan pasangan atau keluarga, tempah bilik standard yang berharga semurah RM100 semalam.
Manakala katil di bilik dorm pula serendah RM30 dan ia turut menyediakan sarapan pagi. Selain Gunung Kinabalu, korang juga boleh pergi bersiar-siar di Pekan Kundasang, ianya hanya 15 minit dengan kereta dari hostel ini.

Selain hotel, hostel dan homestay, di Kundasang juga terdapat chalet dan resort yang mesra bajet. Di Happy Garden Resort, korang boleh menempah katil bunk dua tingkat pada harga bermula RM30 sahaja.
Ketika berada di sini, korang pasti berasa selesa dapat bermalam di resort yang bersih, cantik dan lengkap dengan segala kemudahan. Malah, di sini juga terdapat Wi-Fi percuma! Bilik chalet menempatkan beberapa katil bunk yang sesuai untuk para backpacker.
Antara kelengkapan yang disediakan ialah restoran, kemudahan BBQ, serta bilik mandi yang bersih dan sarapan pagi.

Jika korang menginap di Kampungstay ni sebaik sahaja keluar dari pintu bilik, korang akan dapat melihat Gunung Kinabalu yang gah tersergam tidak jauh dari tempat penginapan korang. Ia sungguh menakjubkan. Ini adalah antara perkara yang akan anda nikmati ketika menginap di Ren – Hana Kampungstay Kundasang.
Di sini, terdapat beberapa jenis bilik tetamu. Bilik ekonomi dan bajet boleh bermula serendah RM84 semalam. Dengan harga yang murah, anda boleh menikmati banyak kemudahan seperti katil yang besar dan selesa, bilik air peribadi, alat mandian, dan Wi-Fi percuma.

Antara kelengkapan yang disediakan ialah restoran, kemudahan BBQ, bilik serta bilik mandi yang bersih dan sarapan pagi.



 10.  Mile 36 Lodge 

 

Mile 36 Lodge adalah sebuah hotel di Kundasang yang menawarkan harga berpatutan dan mesra bajet buat para backpacker dan percutian keluarga. Bagi bilik Budget Twin, ia boleh bermula serendah RM100 semalam. Bilik asas dengan bilik mandi kongsi juga bermula serendah RM70.
Bilik ini mempunyai dua katil Twin. Dengan pemandangan taman yang cantik dan serba menghijau, kemudahan membancuh air, bilik mandi peribadi, alat pemanas air, dan disertakan dengan sarapan pagi. Ia memang selesa dan berpatutan.





11. Kundasang Golf Retreat Villa

Kundasang Golf Retreat Villa merupakan salah satu penginapan yang dicari setiap pengunjung bila mereka ke Kundasang. Mana tidaknya villa ini sangat mewah dan sangat privacy. Wow, beruntung sangat siapa yang dapat ke villa ini.  Memang aman tenteram la bila menginap di villa ini kerana privacy hanya untuk yang menginap sahaja.

Korang jangan tak tahu Kundasang Golf Retreat Villa ini telah direka dan dibina oleh JWA Design and Build.  Tidak hairan lah bila kita tengok senibina begitu indah dan mendamaikan mata memandang. Opps..sebelum terlupa  JWA Design and Build ini juga dengan kerja-kerja pembinaan hotel yang lain termasuk Ibis Style Inanam, Kota Kinabalu. Rekaannya sangat mewah dan sesuai dengan tempat perlancongan.


Itu baru sebahagian yang sahaja tempat penginapan yang menarik dan mengikut bajet korang korang. Kalau ikutkan banyak lagi Cik Nor nak perkenalkan kat korang tapi takut korang bosan pulak baca entry panjang-panjang ni. Tapi korang jangan risau kerana Bagasi. my  boleh membantu korang.
Klik sahaja pautan yang Cik Nor berikan korang akan terus disajikan dengan apa yang korang ingin semasa bercuti di Sabah nanti. Jangan cakap Cik Nor tak paying, semuanya ada di Bagasi.my semuanya memenuhi kehendak korang.
Ingat Sabah, ingat Bagasi.my

12 comments:

  1. Senang la nak cari penginapan lepas ni

    ReplyDelete
  2. Cantiknya penginapan yang boleh tengok view mount Kinabalu tuu cik nor

    ReplyDelete
  3. mudah lepas ni nak cari kalau nak pergi bercuti ni

    ReplyDelete
  4. dah banyak penginapan area gunung tu yer

    ReplyDelete
  5. bagusnyaaa....kundasang dalam wishlist gak ni....

    ReplyDelete
  6. semuanya nmpk menarik dan best. tp bla laa nk g sabah lg niiii

    ReplyDelete
  7. Ok..boleh save ni...memang dah lama teringin nak pergi Sabah

    ReplyDelete
  8. dok plan nak repeat pergi Sabah tapi tatau bila. belum dapat tarikh yang sesuai hewhew..

    ReplyDelete
  9. wishlist!! moga cepat2 makbul impian!hehe

    ReplyDelete