Breaking News

Mengapa WD-40 Mampu Menjadi Rakan Penyelenggaraan Profesional Yang Boleh Diharapkan


Bagi mereka yang menceburi atau biasa dengan perniagaan pembuatan, pasti akan tahu mengenai enam kategori atau punca utama yang menyebabkan kehilangan produktiviti di mana hampir semua mengalaminya, tanpa mengira mereka berada dalam industri apa pun.



Enam kategori itu adalah tidak lain: kerosakan atau kegagalan peralatan; persediaan/penyesuaian; tidak berfungsi/berhenti; kehilangan kelajuan; kecacatan; pengurangan dalam hasil.

Apabila ia membabitkan penyelenggaraan dan peralatan, atau hanya mengoptimumkan penggunaan peralatan, tiada hal yang boleh bergantung terhadap tuah atau nasib. Sebaliknya, terdapat produk profesional yang boleh dipercayai iaitu WD-40, yang telah banyak terbukti dalam membantu kerja-kerja pengguna, sama ada dalam industri automotif, penjanaan kuasa, pembinaan kapal, keretapi, percetakan, perlombongan, pengeluaran acuan, dan pelbagai lagi.


Sebagai contoh, dalam industri tenaga angin, WD-40 membantu dalam pemasangan peralatan kuasa angin di ladang angin dan juga bagi rutin penyelenggaraan peralatannya. Semasa proses pembersihan, ia memberi pelinciran termasuk bahagian logam yang tahan karat seperti bolt, skru, gelendong, brek berkelajuan tinggi, gear dan bearing, pendakap, pneumatic dan peralatan tangan. Oleh itu, ia mampu memberi tempoh hayat peralatan lebih lama dan yang lebih penting, ia mengurangkan kadar kegagalan dan kos penyelenggaraan. Ia juga mengurangkan prosedur pembersihan untuk peralatan yang digunakan dengan berkesan dan mengurangkan kos tenaga kerja bagi penyelenggaraan.


WD-40®sangat membantu kerana ia mampu menghilangkan kelembapan, cepat mengeringkan terutama dalam sistem elektrik sekali gus menghalang terjadinya litar pintas yang berpunca daripada kelembapan. Ia juga mampu melonggarkan ikatan yang ketat terutama pada besi karat dan menghilangkan bahagian besi yang beku atau berkarat. Selain itu, ia juga melindungi permukaan logam dengan bahan-bahan yang menahan hakisan untuk melindungi peralatan daripada kelembapan dan unsur-unsur penghakis yang lain.

WD-40 juga terbaik untuk pembersihan kerana ia mampu menghilangkan kesan gris, kotoran, dan enapan. Rumusannya yang bukan aerosol juga dapat menanggalkan pelekat, mudah menyingkirkan kesan lekit, pita, pelekat dan bahan ikatan berlebihan. Sementara itu, bahan pelincirnya juga mudah meresap dan menyokong semua bahagian peralatan yang bergerak.


WD-40 datang dalam pelbagai saiz, dan botol yang boleh disembur, diberus, atau dicelup dan dilap.Para professional telah memilih straw pintar lurus untuk memudahkan kerja dengan WD-40, bergantung kepada penggunaan atau straw fleksibel 8” yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja alat yang sukar dijangkau. Malah, tiada yang tidak boleh dicapai dengan WD-40.


Tersedia di seluruh dunia dalam bermacam jenis saiz, WD-40 juga telah mempelbagaikan barisan produk pakar baharunya.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat tentang bagaimana WD-40 berfungsi, atau barisan produk pakarnya, boleh melayari 
https://wd40.asia/ hari ini.

4 comments:

  1. serbaguna ya wd-40 ni. kena ada 1 kat rumah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. jenama hebat sejak dulu dan tiada tandingan

    ReplyDelete
  3. baru tahu banyak jugak yang boleh guna WD40 ni

    ReplyDelete