Breaking News

Padah Terlalu Mengikut Google Maps


Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis blog sejak menjadi pengganggur terhormat ni. Tetiba jadi penganggur terhormat, apa cerita? haha. Panjang ceritanya. Tunggu masa yang sesuai Cik Nor cerita la kat korang semua. Sekarang ni masalah ni masih belum settle lagi. Dah settle semuanya Cik Nor cerita yer.

Berbalik kepada gambar kat atas, kisah ini berlaku pada raya ke lima kot. Bukan jauh mana pun dari rumah Cik Nor. Cik Nor ajak adik Cik Nor yang lelaki menghadiri majlis kenduri kahwin roomate masa kat rumah sewa dulu. Cik Nor bertolak selepas zohor dan kejap jer sampai kat Selinsing kerana melalui jalan shortcut.  Nak dijadikan cerita masa first ambik jalan kat Selinsing pun dah salah jalan. Dah agak jauh baru perasan Cik Nor dah lalui jalan yang salah. Terpaksa uturn balik. Adeii..buang masa dah kat situ.

Bila dah masuk jalan yang betul, susah pulak nak cari jalan nak ke rumah dia. Terpaksa buka google maps. Dan...dalam gambar kat atas tu lah padahnya. Kereta Cik Nor sangkut dalam lumpur kuning. Dah la dalam hutan tak tahu nak mintak tolong siapa. Nasib pergi dengan adik, ada jugak teman. Dah la masa tu hujan, nasib tak lebat. Dengan payungnya tak ada dalam kereta. Adik redah hujan macam tu jer g mintak bantuan. Tapi hampa sebab rumah sebelah sana semuanya. 

Untuk pengerahuan korang tempat Cik Nor sangkut ni diantara tali air. Jalan yang Cik Nor lalu ni jalan tak ada rumah orang. Yang ada orang jalan sebelah sana. Allah Maha Mengetahui..kawasan tempat kereta Cik Nor sangkut ni ada rumah dan tuan rumah tu dengar enjin kereta Cik nor mengaum. Dia tegur dan alhamdulillah dia datang membantu.

Kalau orang nak tolong pun tak tahu nak cari kami kat mana. Kawasan hutan weh korang. Alhamdulillah ada yang membantu. Setelah dapat keluar dari kawasan tersebut, adik Cik Nor sampai dan dia tunjukkan jalan yang sebenar untuk ke tempat kenduri. Dapatlah makan kenduri walaupun agak lewat dan lauk kenduri pun hampir habis.  Paling sedih, roomate a.k.a pengantin baru tak ada sebab g  photoshoot outdoor.

Buat korang, jalan percaya google maps kalau kat kampung. Entah ke mana-mana jalan yang dia bawak. Bagi Cik Nor lebih baik tanya orang dari percaya google maps. haha

10 comments:

  1. yes! kalau kat kampong kena guna teknik tradisional..hahahahhaaa.

    ReplyDelete
  2. Lagi satu kadang google apps tak update,boleh juga jadi punca sesat.

    ReplyDelete
  3. ye betulll.. google maps ni dia pi bawak jalan short cut untuk jalan kali or motor punya.. hahah.. pernah kenaaa

    ReplyDelete
  4. Tak de coverage tu.. mmg kene tanya org kampung.. mujur siang hari..

    ReplyDelete
  5. Abe kie lebih percaya peta yg dilukis drp google maps

    ReplyDelete
  6. kalau area kampung, baik tanya orang situ laa... apa pun kenangan tak leh dilupakan ni.

    ReplyDelete
  7. aduh..nasib siang cik nor..kalau time malam, seram ni..hihi..saya & asben penah kena ngan Waze...ntah mana2 dia bawak..sejak tu, kitaorang guna google maps..lebih tepat..tapi mungkin kwsn bdr, tak ada masalah kot dengan Google Maps ni...

    ReplyDelete
  8. pergh.. sam[ai jalan berselut dia bawak..

    ReplyDelete
  9. kalau mlm x tau laa nk ckp mcm mana...aku pn kena jg sblm ni. dlm peta suh belok kanan tp arahan suh belok kiri kan bengong dibuatnya tu

    ReplyDelete
  10. seramm bulu roma kalau sesat ni..

    guano banyak typo dlm entri ni tulis time mengantuk ko cik nor hihihi

    ReplyDelete