Mengapa WD-40 Mampu Menjadi Rakan Penyelenggaraan Profesional Yang Boleh Diharapkan
Bagi mereka yang menceburi atau biasa
dengan perniagaan pembuatan, pasti akan tahu mengenai enam kategori atau punca
utama yang menyebabkan kehilangan produktiviti di mana hampir semua
mengalaminya, tanpa mengira mereka berada dalam industri apa pun.
Enam
kategori itu adalah tidak lain: kerosakan atau kegagalan peralatan;
persediaan/penyesuaian; tidak berfungsi/berhenti; kehilangan kelajuan;
kecacatan; pengurangan dalam hasil.
Apabila
ia membabitkan penyelenggaraan dan peralatan, atau hanya mengoptimumkan
penggunaan peralatan, tiada hal yang boleh bergantung terhadap tuah atau nasib.
Sebaliknya, terdapat produk profesional yang boleh dipercayai iaitu WD-40,
yang telah banyak terbukti dalam membantu kerja-kerja pengguna, sama ada dalam
industri automotif, penjanaan kuasa, pembinaan kapal, keretapi, percetakan,
perlombongan, pengeluaran acuan, dan pelbagai lagi.
Sebagai contoh, dalam industri tenaga angin, WD-40 membantu dalam
pemasangan peralatan kuasa angin di ladang angin dan juga bagi rutin
penyelenggaraan peralatannya. Semasa proses pembersihan, ia memberi pelinciran
termasuk bahagian logam yang tahan karat seperti bolt, skru, gelendong, brek
berkelajuan tinggi, gear dan bearing, pendakap, pneumatic dan peralatan tangan.
Oleh itu, ia mampu memberi tempoh hayat peralatan lebih lama dan yang lebih
penting, ia mengurangkan kadar kegagalan dan kos penyelenggaraan. Ia juga
mengurangkan prosedur pembersihan untuk peralatan yang digunakan dengan
berkesan dan mengurangkan kos tenaga kerja bagi penyelenggaraan.
WD-40®sangat membantu kerana ia mampu menghilangkan kelembapan,
cepat mengeringkan terutama dalam sistem elektrik sekali gus menghalang
terjadinya litar pintas yang berpunca daripada kelembapan. Ia juga mampu
melonggarkan ikatan yang ketat terutama pada besi karat dan menghilangkan
bahagian besi yang beku atau berkarat. Selain itu, ia juga melindungi permukaan
logam dengan bahan-bahan yang menahan hakisan untuk melindungi peralatan
daripada kelembapan dan unsur-unsur penghakis yang lain.
WD-40 juga terbaik untuk pembersihan kerana ia mampu menghilangkan
kesan gris, kotoran, dan enapan. Rumusannya yang bukan aerosol juga dapat
menanggalkan pelekat, mudah menyingkirkan kesan lekit, pita, pelekat dan bahan
ikatan berlebihan. Sementara itu, bahan pelincirnya juga mudah meresap dan
menyokong semua bahagian peralatan yang bergerak.
WD-40 datang dalam pelbagai saiz, dan botol yang boleh disembur, diberus, atau
dicelup dan dilap.Para professional telah memilih straw pintar lurus untuk
memudahkan kerja dengan WD-40, bergantung kepada penggunaan atau
straw fleksibel 8” yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja alat yang sukar
dijangkau. Malah, tiada yang tidak boleh dicapai dengan WD-40.
Tersedia di seluruh dunia dalam bermacam jenis saiz, WD-40 juga
telah mempelbagaikan barisan produk pakar baharunya.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat tentang bagaimana WD-40 berfungsi, atau barisan produk pakarnya, boleh melayari https://wd40.asia/ hari ini.
serbaguna ya wd-40 ni. kena ada 1 kat rumah
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
jenama hebat sejak dulu dan tiada tandingan
ReplyDeleteByknya kegunaan wd40
ReplyDeletebaru tahu banyak jugak yang boleh guna WD40 ni
ReplyDelete