Breaking News

Bila Ko Tak Bawa Bekal


Assalamualaikum..

Minggu lepas punya citer tapi nak up jugak malam ni. Tak per kan?Tak basi kan? Hehe. Minggu lepas 2 hari Cik Nor tak bawa bekal sebab krisis air kat rumah sewa. Sekejap ada sekejap tak ada. Susah jugak nak masak kalau air main cak-cak macam tu. Usahkan nak masak nak mandi pun haru. Bayangkan pagi-pagi nak pergi kerja mandi guna air satu baldi jer. Yang la nak membuang, yang tu la nak gosok gigi, yang tu nak cuci muka dan yang tu jugakla nak mandi. Dah macam mandi kerbau rasanya. 2 hari kekurangan air tiba-tiba jer rasa nak demam.

Hari pertama tak bawa bekal Cik Nor ingat nak beli nasi kat kedai roti canai depan pejabat tempat Cik Nor kerja. Dah sampai dekat kedai tu, kecewa betul la. Kedai tu tutup la pulok. Tengahari tu tak tahu nak makan apa, turun bawah beli maggi cup, roti dan air soya. Cukup la untuk alas perut daripada lapar. Malam tu terasa lapar la pulak sebab tengahari tak makan nasi, nasib baik kawan serumah keluar hantar adik dia naik bas. Kirim nasi kat dia sebab nak makan ubat, badan dah rasa seram sejuk macam nak demam.


Hari kedua tak bawak bekal sebab air dah tengah malam baru ada. Mood nak memasak tu dah kurang. Hehe. Oleh kerana nak balik kampung , Cik Nor bawak kereta parking terus depan pejabat. Oleh kerana dah malas nak melintas jalan pergi beli nasi maka makan tengahari hari tu Cik Nor beli roti,kek coklat dari Samudra dan air soya. Oleh kerana teruja sangat tengok blogger mana ntah bos kek tu kat facebook maka Cik Nor makan kek tu dulu. Kek tu memang sedap tapi topping dia Ya Allah manis tahap potong kaki. Cik Nor makan suku jer dah kenyang kerana satu suap kek tu kena minum banyak air. Manis gila-gila.

Maaf yer sumua gambar kek tu Cik Nor lupa nak rotate. Hehe. Korang selalu bawak bekal ke makan kat kedai kalau makan tengahari?

8 comments:

  1. selalu kan time tak ada air, masa tu la nak membuang bagai..tension je bila kena camni...

    ReplyDelete
  2. waaa, nampak tempting kek coklat tu. boleh try ni. mek biasa tengahri makan kat luar. mek tak sempat nk buat bekal ciknor. huhu.

    aduui, masalah air ni memang azab skit. rasa lumpuh segala kalau air takda.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kerja kat Klang, adik buatkan bekal. Tapi zumal ni jenis makan tak ikut time, rasa macam tak perlu bekal sebab pepagi sampai petang boleh tahan. Hehe perut alien...

    ReplyDelete
  4. biasanya bawa bekal and makan kedai haha . tp bnyak yang bawa bekalnye

    ReplyDelete
  5. Kalau saya pun malas nak memasak kalau tak air..huhu

    ReplyDelete
  6. https://cikash.blogspot.com/2018/01/terima-kasih-sahabat.htmln untuk cik nor hihihihi

    ReplyDelete
  7. haha..kita tgk kek tu punsedp..sebb dah kata manis tak jadi carila..hehee

    ReplyDelete