Breaking News

Ucapan Bestday Paling Best Yang Pernah Aku Terima..:)

Jan... Semoga saat engkau membaca coretan ini, engkau dalam keadaan tersenyum. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya pada kau. Rasa yang sama saat ini, menjalani hari – hari penuh suka, merangkai senyum dalam keletihan. Namun, kita menghimpunnya dalam suasana penuh ceria.

Dari tempat aku menaip post ini, aku selalu berdoa dalam hati, agar engkau di sana tetap teguh da
lam keimanan, dan semoga Allah tak pernah berhenti mencurahkan RahmatNya padamu.

Tahun ni genaplah 12 tahun kita bersahabat. Satu jangka masa yang sangat lama kan?

Ko ingat tak dulu kita sama2 satu dorm kan? Seronok kan masa tu. Duduk ramai2. Macam2 perangai manusia yg boleh kita tengok kan. Perangai Kak Faiz... Kak Eda... EJ... Kes duit ilang... Ms tu ko & aku tak rapat sgt pun. Yelah, kita kan lain2 kos. Lgpun, ko sgt rapat ngan Maya, Need, Kak Ina and Kak Ila.

Ermmmm...naik part 2 ke part 3 tah...aku majuk ngan izah... Masa majuk ngan Izah tu aku suka ngadu kat arwah atuk. Atuk selalu nasihat, ‘biar orang buat kita, jgn kita buat org’... Hehe, bila pikir balik time tu, memang kebudak2an. Tak matang langsung. Rindu sgt masa tu...

Ko ingat tak kita selalu g makan kat dining sesama...outing sesama... Tgk cd sesama. keh keh keh. Pastu, kita main guardian2... ms tu ikatan persahabatan antara kita sgt utuh, mcm adik beradik sehinggalah tercetusnya ‘9 GURLZ’. Hehe. Rindu sgt saat2 manis kat UiTM dulu kan?

Byk tol la kenangan terindah antara ko, aku and kawan2 yg lain... Sumer tersemat rapi dlm memori aku. Aku akan ingat smpai bila2 kerana itu adalah kenangan yg paling indah dalam hdup aku... Aku sayang persahabatan kita sangat2... ingat tu.

Anyway... semoga Allah mendengar doa kita, semoga dipanjangkan umo dan persahatan kita ni smpai bila2 dan semoga Allah juga memurahkan rezeki kita semua. SELAMAT HARI LAHIR JAN... I LAV U...





psst...aku copy ucapan member aku dlm fb sempena my bestday jumaat lepas..:)

3 comments: