Breaking News

Dah Rezeki


Assalamualaikum..

Tajuk entry bukan main lagi kan Cik Nor. Macam menang wang besar jer kan? Padahal tak ada apa pun. Hehe. Korang mesti risau kalau nak blogwalking kat blog Cik Nor kan? Mesti kena baca entry review kan? Kihkih. Jangan bimbang sekarang ni dah tak ada entry review. Bukan tak ada langsung tapi dah berkurang sedikit dari yang sebelum ini. Cik Nor nak tumpukan pada entry personal pulak buat masa sekarang ni. Ecece..

Mesti korang tertanya-tanya apa benda yang dalam gambar teleng kat atas tu? Itu adalah hadiah dari Sis Gee sempena Giveaway yang dia anjurkan kat Sini. Cik Nor sebenarnya tak berharap sangat menang hadiah ke tak. Cik Nor join ni sebab nak support kawan-kawan dan meriahkan suasana. Nak  dijadikan cerita, tiap kali Sis Gee updates pasal giveaway dia, tiap kali tu jugak Cik Nor mintak reserve satu hadiah untuk Cik Nor. Cik Nor main-main jer sebenarnya. Tak sangka Allah makbulkan kata-kata Cik Nor tu dan Cik Nor dapat hadiah tempat kedua. Alhamdulilah... betul orang cakap kalau dah rezeki tak ke mana. Cik Nor dapat 1 keychain, 1 fridge magnet dan 1 beg alat-alat makeup rasanya. Wah makin bertambah koleksi Cik Nor.


Hadiah kedua pula Cik Nor dapat dari Giveaway Abam Kie yang dia anjurkan kat Sini. Mula-mula Abam Kie umumkan pemenang, awal-awal lagi Cik Nor dah frust sebab dah tahu Cik Nor tak menang. Tapi buat-buat check jugak mana tahu kot silap mata memandang. Ececeh.. berangan betul kan Cik Nor. Dah kalah tu pasrah lah yer Cik Nor oii. Dah puas hati check nama blog Cik Nor tak ada, memang tak peduli dah pasal GA tu.

Selang seminggu pengumunan pemenang tiba-tiba Abam Kie whatsapp suruh claim hadiah. Terpingga-pingga jap Cik Nor. Eh..bila masa aku menang pulak. Abam Kie dah ready bagi link yang ada nama pemenang. Cik Nor click link yang Abam Kie bagi tu, ternyata betul nama Cik Nor ada dalam senarai pemenang. Eh.. pelik ni. Blur lagi. Dah tutup link tu,  pergi claim hadiah dari Hernee Nazir. Confirm korang kenal blogger ni. Blogger JDT ni. Cik Nor menang topup RM10.00 dari dia. Alhamdulillah...dah dapat topup tu pergi sekali lagi link senarai pemenang yang Abam Kie bagi tu sebab blur lagi macam mana boleh menang. Pergi kali ke 2 baru perasan Abam Kie dah buat nota yang link blog yang di gelapkan tu adalah pemenang gantian. Pemenang asal tak tuntut hadiah rupanya. Dah tertulis rezeki Cik Nor....alhamdulillah.

Buat pengajur dan penaja Giveaway di atas, terima kasih banyak-banyak. Jangan serik untuk ajak Cik Nor join giveaway korang lagi.

11 comments:

  1. Begitulah jika dah rezeki..syukur nikmat mendapat hadiah...alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Bestnya..sha susah tul nak luck menang hadiah ni.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Tahniah cik nor, nampak macam anak penyu real la...

    ReplyDelete
  4. tahniah cik nor and thank you sebab support blogger baru nak up macam saya..hehehe..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. rezeki tak pernah salah orang. hehehe ^_^

    ReplyDelete
  6. Tahniah cik nor mmg murah rezeki ni

    ReplyDelete
  7. Tahniah cik nor.. Rezeki kita sama la.. Menang giveaway pun sama hihihihi

    ReplyDelete