Breaking News

Bila Ko Teringin Sangat


Assalamualaikum...

Minggu lepas punya cerita tapi still jugak nak cerita? Tak kisah lah orang tak baca ke tak, nak jugak tulis. Hehe. Lama dah dok perhati kedai nasi air depan pejabat Cik Nor kerja ni. Tengok orang ramai sokmo tapi tak terdetik nak pergi makan kat situ.

Hari selasa tu kebetulan kawan sekerja Cik Nor ajak pergi beli sebab dia tak bawal bekal. Cik Nor macam biasa join jugak walaupon dah bawak bekal. Siap bungkus untuk makan malam. Cik Nor berani bungkus sebab kuah sup di asingkan. Kiranya bihun, mee dan lain-lain lagi tak kembang semangkuk.  Cik Nor bungkus bihun sup manakala kawan Cik Nor bungkus kuey tiaw sup untuk di makan kat pejabat. Nak makan kat kedai tu tu mesti kena beratur nak dapatkan meja. 

Kawan Cik Nor cakap dia punya kuey tiaw sup kurang masin. Cik Nor tak boleh nak bagi komen sebab tak cuba lagi. Balik petang tu cepat simpan bihun sup tu kat dalam peti ais takut basi sebab beli masa lunch tadi lagi. Lagipun Cik Nor lewat sikit dinner. Tu yang simpan dulu dalam peti. Alhamdulillah...tiada tanda mahu basi lagi masa Cik Nor keluarkan dari peti ais  untuk di panaskan.


Bagi Cik Nor bihun sup dia not bad la, cukup rasa dan tak perlu tambah apa-apa lagi. Mungkin yang kawan Cik Nor punya dia lupa letak bahan-bahan tambahan. Tu yang rasa kurang masin. Hehe. Kadang-kadang ada sesetengah orang dia suka masin lebih sikit. Bagi Cik Nor dah ada rasa masin sikit pun dah cukup. Kesihatan kena jag jugak.hehe

Oppss.. ada gambar coconut shake kat atas tu tapi tak ada pun cerita pasal dia. Apa yang Cik Nor tahu, coconut shake memang sedap. Kepala muda di blen halus, ditambah dengan aiskrim dan coklat chip halus memang membangkit selera Cik Nor untuk bertambah lagi. Namun apakan daya nak kedai tersebut agak rumit kerana perlu melintas jalan yang sentiasa sibuk.

Harga untuk coconut shake =rm3.00 segelas
Harga bihun, mee dan lain-lain lagi ( biasa) = rm3.50
Harga bihun, mee dan lain-lain lagi ( special) = rm5.00
Special tang mana Cik Nor tak tahu sebab Cik Nor cuba yang biasa jer. Hehe. Korang rasa harga yang ditawarkan tu murah ke mahal?

6 comments:

  1. bila baca tgh2 malam ni, lapa plak dah.

    jmput sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. sedapnya coconut shake...harga standard dah tu cik nor..tak mahal tak murah..hehe

    ReplyDelete
  3. standard harga tu, cik nor..sedang2 je..reasonable...

    ReplyDelete
  4. tu biasa jea harga tue..ish..terliur pulak tengok coconut shake tu

    ReplyDelete
  5. cocnut shake add on ais vanila ..marvelous gitu

    ReplyDelete
  6. Lama tak minuk coconut shake.. Bihun sup kelate sedap lama tak makan

    ReplyDelete