Breaking News

Tak Rugi Berbudi Kepada Tanah


Assalamualaikum..

Makin lama tuan blog cuti makin terabai la blog picisan ni. Hehe. Nak buat macam mana line kat kampung ni sedikit semput dan tuan blog pun kena penyakit M. Idea banyak tapi tak tahu nak mula dari mana.huhu

Berbalik kepada gambar kat atas, memang tak rugi kalau berbudi kepada tanah. Adik Cik Nor yang lelaki mengusahakan tanah yang terbiar dikawasan rumah. Yang sorang tanam timun batang dan seorang lagi tanam lada hijau a.k.a lada solok. Ni lah orang kata tak rugi berbudi kepada tanah. Musim cuti sekolah dan musim kenduri kahwin memang banyak permintaan. 

Memang tak menang tangan lah,  asal ada stok memang disapu bersih. Sehari hampir 50kg timun batang dan lada dapat dijual. Petola yang dalam gambar diatas kurang sikit permintaan. Petola hanya dijual kepada orang kampung untuk masak sehari. Masa orang kenduri ni lah nak cari rezeki lebih. Lepas kenduri ni slow sikit. Bukan tak ada langsung tapi kurang sikit dari musim orang kenduri kahwin.

Korang suka beli sayur kat pasaraya atau orang jual kat kampung-kampung?

17 comments:

  1. Itulah pasal.... rugikan kalau org yg tak berapa nak rajin ni.

    Beli mana mana pun boleh je, tp selalunya beli kat pasaraya sebab kat KL faham faham ajelah...mana nak cari kg

    ReplyDelete
  2. Wow! Sakan tu. Prtanian juga salah satu dari punca pendapatan malah kalau kena gaya, boleh kaya. Cuba tengok petani Cina, depa tanam sayur 2-3 ekar, sekali petik ribu-ribu boleh dapat, kalah kita yang kerja makan gaji.

    ReplyDelete
  3. Rajinnya adik cik nor berbakti pada tanah...lihat hasilnya tu cantiknya buah petola...juju kalau dpt peluang beli dengan org kampung juju nak...tp apa kan daya duk di KL ni semua kena cari kampung pasaraya batu hehe

    ReplyDelete
  4. wow besar2.. Alhamdulilah, puas hatikan bila kita dpt tuai hasil dr titik peluh kita sendiri.

    selamat hari lahir cik nor ;)

    ReplyDelete
  5. Eh selamat hari lahir pulak. selamat hari raya aidiladha sebenarnya nak tulis haha..

    ReplyDelete
  6. bagusnya cik nor. Bagus tau bila kita tanam sendiri. kinah kalau kat kampung memang beli dengan orang kampung jer

    ReplyDelete
  7. Untung macam ni cik nor..tak payah beli..nak masak, ambil je kat luar rumah..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah untungnye berbudi pada tanah Kan. Saturn Pula semua fresh Dan boleh control xyah guna chemical.byk sgt

    ReplyDelete
  9. Kalau sayur org jual kt kampung nih lg fresh. Suami dulu tanam bendi dgn cili padi. Besar2 jiran nak beli kitorang suruh amik je

    ReplyDelete
  10. Wah banyak juga hasilnya... kat sini satu rm2...

    ReplyDelete
  11. betul tu...bolehlah buat tambah pendapatan kan..wa pun ada tanam sayur sikit2 kat rumah

    ReplyDelete
  12. segar bugarnya...mmg tak rugi cik nor... bestnya klu rumah byk tanah

    ReplyDelete
  13. seronok bila dah dapat tngok hasilnyaaa..

    ReplyDelete
  14. Kalau taw cik nor jual lada tu solok tu ore pm nak beli doh hahahahaha.. Lama tak make lada tu

    ReplyDelete
  15. Kalau boleh nak beli sayur2 kampung..tapi kat rumah macam susah nak dapat.terpaksalah beli di pasar raya jea

    ReplyDelete