Breaking News

Bila Mood Kelaut

Gambar tiada kaitan dengan cerita sekadar penyeri entry

Assalamualaikum..

Dah 2 3 hari tak entry baru kat blog Cik Nor. Bukan kena penyakit M tapi mood sudah kelaut. Bila nak datang balik tak tahu lah tu. Harap-harap cepat la datang sebab review ada yang tertangguh dah. Adoii.. tulis entry review, kejap taip kejap padam, akhir sekali tutu tab pergi tidur. Bila nak siap macam ni. Tapi tunggu yer malam esok ada entry review.hehe

Malam saja je ni nak merapu sebab malam tadi tak boleh tidur. Tak tahu lah kenapa. Ke ada yang seru nama Cik Nor ni. Haha. Perasaan dah Cik Nor ni, padahal dia tidur petang tak ingat dunia. Dia tak boleh tidur malam cakap orang seru nama dia la pulak. Mahu tak boleh tidur malam tadi, petang semalam dia bantai tidur bermula pukul 2.30 petang dan kalau tak tak silap pukul 5.00 petang baru bangun. Macam tu orang seru ke?haha

Dah la pagi tadi pukul 3.30 pagi dah kena bangun. Nak pergi mana? Pergi ambik housemate turun bas kat stesyen bas Lembah Sireh. Kemain jauh lagi tu dari rumah sewa. Nasib la ada peneman. Kalau tak, takut jugak nak keluar rumah pukul 3.30 pagi. Masa dalam perjalanan ke stesyen bas terserempakla dengan anak-anak muda baru balik dari mana entah. Mungkin letak dikedai-kedai makan. Terdetik dalam hati, korang tak mengantuk ke, masa ni masa di jalan raya. Cik Nor kalau tak kena teman serumah suruh ambik memang tak keluar la waktu macam tu.

Dalam perjalanan balik tu alhamdulillah tak ada apa yang tak elok berlaku. Tapi bila nak masuk lorong ke rumah, ada 2 orang anak muda bermotosikal. Hati berdebar-debar pulak bila dihadapan sikit ada sebuah kereta myvi yang belum dimatikan enjin. Cuak jugak masa tu. Cepat-cepat turun, kunci stereng dan kunci kereta. Masuk rumah terus kunci pintu sebelum sesuatu tak diingini berlaku.

Sampai rumah lebih kurang 4.00 pagi, ingat nak sambung tidur tapi tak lelap jugak. Tidur-tidur ayam jer lah. Pagi ni pergi kerja dengan mata rabak. Oklah, malam ni nak tidur awal. Moga-moga boleh tidur lena. Aamiin.

Korang pernah tak keluar awal pagi contohnya pukul 2.00 - 4.00 pagi atas urusan penting?

14 comments:

  1. hai kak nor..xpernah lg rasanya keluar awal pada pukul 2.00pg-4.00pg

    ReplyDelete
  2. Pernah le kalau balik rmh kul 2 3 pagi balik dr merambu dgn asben dkt luar..hehehe

    ReplyDelete
  3. kdg2..teman en.asben jumpa kawan dia sampai pukul 2-4 pagi...

    ReplyDelete
  4. errkkk tak ingat ada keluar ke tak hiii.. tapi time tu seeloknya time tengah tidur dah.. melainkan ada urgent apa2

    ReplyDelete
  5. pernah juga keluar awal pagi sebab emergency. kalau tak, memang tak lah kan.

    ReplyDelete
  6. slu bgn time tu, nak2 ada urusan ptg mmg la kena buat! klu tgu bas tu slu juga la time tu... hahaha.... tp dl slu ada meeting time tu klu terpaksa bgn. selagi x bgn kena kejutkan... hahaha... pastu dah digubalkan.... mmg iman tak kuat la nak bgn meeting time tu....

    ReplyDelete
  7. hati2 yea ciknor..klu cikma kutip penagih pon time2 cm tulahh..

    ReplyDelete
  8. jarang. setahun sekali la kot. pernah ade kematian kat kl so bertolak dari rantau panjang jam 2 pg. mengntok giler !

    ReplyDelete
  9. Waktu tido dah lari kut. Takut gak keluar malam2 Kan. Mama penah keluar g keje 2 pagi, balik kul 5. Syahdu he perasan Tu. Mmg berlari masuk dlm rumah.. seramm

    ReplyDelete
  10. cik nor, blg wajah baru kan? ehmm kalau kerja mmg keluar x ikut masa. La ni jarang la.

    ReplyDelete
  11. dulu ada laa tp la ni apa2 pun urusan tggu matahari terbit dulu hahaha

    ReplyDelete
  12. Mcm tak pernahlah rasanya. Kalau pernah pun sebab emergency kematian ke hape.
    Lain kali jgn tido ptg Cik Nor...kalau dah tido ptg mmg susah nak tidur mlm

    ReplyDelete