Breaking News

Perang Dingin


Assalamualaikum..

Ingat malam tadi nak tidur awal tapi terpaksa tidur awal sebab esoknya kena masuk pejabat. Ada tender yang nak kena hantar segera. Mula-mula tu memang malas nak pergi tapi bos dah mention nama suruh masuk jugak. Terpaksa masuk jugak la walaupun terpaksa. Huhu. Eh..panjang pula Cik Nor membebel..maaf ya😊

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entry kali ni lain macam jer kan. Alkisahnya minggu lepas, stay kat rumah sewa bila hari kerja. Macam biasalah..setiap malam sebelum tidur Cik Nor atau housemate pastikan suis enjin air ditutup supaya ianya tak meragam. Oh..lupa nak bagitahu..rumah sewa Cik Nor tu guna enjin air. Jangan tanya kenapa.

2 malam Cik Nor tutup, bangun pagi air tak ada. Eh pelik la pulak. Biasa ok jer. Pagi ke 2 tak ada air, tengok kt whiteboard dah ada orang sound. Hamboi.. kemain sound kita eh..masalah tak tahu. Macam biasa Cik Nor buat bodoh jer. Pagi lepas kena sound tu, Cik Nor telefon tuan rumah kenapa tak ada air bila tutup suis waktu malam. Dia baru cakap yang satu tangki rosak..adoii..aku dah kena sound baru nak cakap. Lepas tu baru bagi arahan baru, malam tak payah tutup, sebelum pergi kerja jer tutup. Hurmm

Korang mesti perasan ada 2 ayat berbeza. Satu yang sound dan satu yang jawab bagi pihak Cik Nor. Cik Nor tak suruh yer. Dia sendiri yang memang dah lama bengang dengan orang sound tu. Cik Nor tak campur. Lantak korang lah.haha. Cik Nor tak bagi padam biar tuan rumah baca. Biar dia tahu perangai penghuni rumah sewa dia. Macam budak sekolah rendah. Haha

Siapa dok rumah sewa mesti jumpa lah macam perangai walaupun masing-masing dah bekerjaya. Betul tak?

17 comments:

  1. roomate mmg mcm2 peel kan... sabar je la, janji kita xkacau diorg

    ReplyDelete
  2. pernah alami, macam macam hal. Lain lain kepala.. ohh,stress tu

    ReplyDelete
  3. Biasa la tu cik nor, kekadang duduk reramai dalam fimili pun jadi gak

    ReplyDelete
  4. Satu kepala stu ragam..bnyk kepala mcm2 la ragamnya..sabr itu indah😂

    ReplyDelete
  5. sabar je lah bebanyak cik nor..memacam ragam kan..

    ReplyDelete
  6. salah faham dimana2 shj..huhu..sabar cik nor

    ReplyDelete
  7. huhu sabar je la kan. nak hidup berharmoni patut masing2 bertolak ansur. ni main tembak2 plak kan.

    ReplyDelete
  8. Hehehe... hidup ber roomate mmg gini...hehehe

    ReplyDelete
  9. pernah jugak merasa duduk dgn roomate masa awal2 kerja dulu. lain orang lain perangainya kan.. sabar jerlah hehe

    ReplyDelete
  10. macam² perangai dah jumpa masa duduk rumah sewa dulu..hahaha....kalau kita tak salah diamkan jelah cik nor..kalau kita ikut sekali cara diorang tu,alamatnya memang bergaduhlah kan

    ReplyDelete
  11. Pernah jugaklah duduk rumah sewa sebelum kawen dulu. Biasalah...kalau dah serumah ramai ramai cik nor sure ada benda yg tak kena.

    Duduk dgn laki sendiri pun kadang tak sehaluan cik Nor... Cuba bawa berbincanglah kot...

    ReplyDelete
  12. begitulah bila berkongsi duduk satu rumah mesti ada yang lain macam sikit kan. bertabahlah kak nor

    ReplyDelete
  13. Dalam 1 rumah sewa memang ada je yang tak sekepala. Mana yang ngam tu besrlah.. Yg berpuak2 dan buat hal sendiri tu yg tak syok

    ReplyDelete
  14. Duduk rumah sewa, mmg kesabaran kena tinggi..macam2 perangai...

    ReplyDelete
  15. perangai mcm tu ada di mana2 cik nor. bla da dok sebumbung br nmpk true colour

    ReplyDelete
  16. tak pernah merasa macam2 perangai

    ReplyDelete