KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, June 13, 2017

Bila Berniaga Tak Ikhlas


Assalamualaikum..

Baca tajuk pun korang dah tahu apa yang Cik Nor nak cerita. Kejadian ni berlaku pada minggu ke 2 puasa. Hari isnin kalau tak silap. Kakak telefon cakap nak datang ke Kota Bharu sebab nak melawat bapa saudara yang kena strok. Dah 2 kali dia keluar masuk hospital tak pernah sekali pun kami pergi melawat. Sebab rasa ralat maka kami ambik keputusan untuk melawat beliau, kebetulan kakak hendak melawat mak kawan dia yang dimasukan ke hospital USM kerana diserang strok.

Sampai dirumah pakcik lebih kurang pukul 5.30 petang. Borak-borak dan tengok keadaan dia dah beransur pulih, dah boleh bercakap macam biasa. Alhamdulillah.... Lebih kurang pukul 6.15 petang kami bertolak ke Hospital USM untuk melawat mak kawan kakak. Masa kami sampai tu dia macam sedar tak sedar lagi. Lagi menyanyat hati, semasa melawat beliau, pesakit selang satu katil dari katil beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir...innalillahhiwainailaihirojiun

Keluar dari dari hospital dah pukul 7.00 malam. Kalut mencari tempat berbuka. Dah la hujan masa tu. Kami main redah jer la. Tengok kedai tak ada orang, kami fikir cepat lah dapat order. Tapi sangkaan kami, servis dia memang lembab sangat. Kami order nasi goreng jer bukan menu pelik-pelik pun. Setengah jam jugak nak siapkan. Adeii.. dah la masa masuk waktu berbuka diaorang tak sediakan air kosong dan kurma. Fail dah kat situ.

Order Cik Nor, kakak dan abang ipar sampai nak kata cepat tu tak la. Tapi very bad servis la. Dengan hygiene tak jaga. Paling sedih kakak mintak nasi goreng special, sampai-sampai nasi goreng sotong busuk. Itu ke special nyer? Bukan biasa nasi goreng special ada ayam goreng dengan telur mata kerbau ke? Lagi sedih..nasi goreng ayam anak buah pukul 8.00 malam baru siap.  Apa yang diaorang buat tak tahu la.huhu

Masa tengah tunggu makanan sampai kami sempat jeling sotong goreng celup tepung langsung tak di sentuh pelanggan. Kami agak diaorang pun dapat sotong busuk. Berniaga jangan ingat untung sahaja. Kualiti dan perkhidmatan harus la dijaga. Baru pelanggan ramai dan berpuashati.

Gambar kedai tu Cik Nor tak dapat snap sebab hujan lebat. Then nama kedai pun tak ada. Yang pasti kedai ni terletak berhampiran dengan traffic light untuk ke jalan Guchil Bayam dan berhadapan dengan Sri Canggong Enterprise. Memang selamanya tak akan singgah kedai ni. Dah la bad service, harga kemain lagi mahal.

11 comments:

  1. marah+sedih baca entri ni..
    Hmm.. Semoga owner/staff kdai tu berubah..

    ReplyDelete
  2. Sotong busuk tu yg saya risau, tak ada sakit perut lepas? Berapa harga semua, dahsyat kalau mahal sgt..

    ReplyDelete
  3. Allah.. Kenapalah aniaya pelanggan sampai macam tu.. Bulan puasa pula tu..

    ReplyDelete
  4. tulah kan. walaupun nk untung, tapi biarlah ikhlas. ;agi byk org beli dan mkn, lagi berkat. Qekra pernah terkena beli tepung pelita tapi masa berbuka tak boleh makan. dah basi.

    ReplyDelete
  5. aiseh..tak dpt snap gambar kedai tu, kalau tak boleh tepek sini cik nor..biar orang tahu..bukan nak burukkan tapi utk hati2..

    ReplyDelete
  6. kalau dah busuk jangan bagi orang makan. takut rugi, tak tak jujur

    ReplyDelete
  7. aduhai...itu yg x suka tu...
    bulan ramadhan ni...belajar lah untuk didik diri itu dgn ikhlas

    ReplyDelete
  8. Kurang pahala puasa kita hari tu ye Cik Nor sebab terpaksa komplen. Patutlah kedai kosong, tak de org yg nak singgah rupanya...

    ReplyDelete
  9. sedihnya tengok orang berniaga tak ikhlas, tak jaga kualiti. dahlah bulan puasa pula tu nak menjamu orang yang berpuasa dengan makanan yang tak bagus. huhu

    ReplyDelete
  10. tak baiklaaa buat cemtu.. meniaga elok2 la..
    orang pergi beli bayar kot bukan free..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...