Breaking News

Sinopsis Masihkah Ada Kasih


 credit to : Alaf21

Sinopsis
Di manakah maruah dan harga diri seorang suami yang sanggup memperdagangkan isterinya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu projek perniagaan?

Begitulah paparan hidup seorang tokoh korporat, Firdaus Dato’ Mohsein yang mengenepikan soal agama dalam hidupnya. Atas alasan ini, Manisah isterinya meminta cerai. Namun, konflik antara mereka semakin sukar bila keduanya berebutkan anak tunggal mereka, Syafiq.

Manisah tidak rela Firdaus membesarkan Syafiq. Dia tidak mahu kehidupan anaknya berkiblatkan barat. Jadi, dia berusaha untuk mempertahankan anaknya.

Jalan yang dilalui oleh Manisah semakin sukar bila Syafiq disahkan mengidap penyakit jantung berlubang. Manisah tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan anaknya itu. Dan Firdaus menggunakan alasan ini untuk merampas Syafiq.

Sejak itu ibu dan anak ini terpisah jauh. Manisah sudah kering air mata untuk mencari Syafiq. Namun Firdaus tetap berdegil sedangkan Syafiq semakin tenat menanggung rindu.

Di manakah keadilan untuk ibu dan anak malang ini? Masihkah ada sisa waktu untuk mereka menyulam kasih? Hanya takdir yang menentukan.

Assalamualaikum..

Kenapa cik nor buat entry pasal kisah novel ni? Sebenarnya cik nor minat sangat drama yang diadaptasi dari novel kat atas tu. Sekarang masih lagi disiarkan di TV1 setiap khamis & Jumaat pukul 11mlm. Memang tiap2 minggu tak pernah miss. Sangat terkesan dihati lah bila tengok drama Masihkah ada kasih ni.

Cik nor paling geram dengan watak firdaus tu. Kejam dan tak bertanggungjawab. Memang menjadilah Fikree Bakar membawa watak antagonis kali ni. Cik nor pun naik menyampah tengok muka dia..haha. Paling cool dalam drama ni watak johan (Karl Syafek). Suka tengok dia layan Manisah romantik gitu..:)

Nak tahu dengan lebih lanjut lagi jangan lupa tonton drama ni yer:)

No comments