Breaking News

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum....

Mula-mula jenguk blog Kak Mia, Cik Nor wat rileks je. Dalam Hati dah terdetik confirm xmenang punyalah.Tapi mata Cik Nor tetumpu kepada nama pemenang yang ke-50. Rezeki…Hanya Allah yang tahu.

Firstday terima Set Kecantikan My Beauty Herbs Whitening Booster Skincare ni Cik Nor cuak jugak nak menggunakannya. Nak buat macam mana Cik Nor guna produk biasa-biasa jer. Atas nasihat dan dorongan rakan sebilik Cik Nor guna produk MBHWBS ini dengan penuh keyakinan. Masa mula-mula guna sabun pencuci muka MBHWBS sudah terasa kelainan pada kulit muka Cik Nor. Kulit muka terasa licin dan tegang.Kesan elergik di sekitar bibir jugak berkurangan.Ini membuatkan Cik Nor lebih berkeyakinan untuk menggunakan set MBHWBS ini.Ternyata pencuci muka MBHWBS ini mencerahkan kulit tanpa sebarang pengelupasan. I like it..:)

 Kesan pencerahan boleh di lihat seawal 3 hari apabila Cik Nor menggunakan Krim Siang MBHWBS. Kulit muka Cik Nor terasa lebih cerah berbanding sebelum ini.Ia juga menjadikan tona kulit Cik Nor lebih sekata, lembut dan berkilau…blink2 gitew…hehe. Krim siang MBHWBS ini juga mampu melindungi kulit muka Cik Nor daripada sinar UV.Faham-faham saja lah Cik Nor kan pergi dan balik kerja jalan kaki maka peratusan terdedah kepada cahaya matahari amat tinggi.



Bab Krim Malam ni Cik Nor paling suka.Kenapa? Bila pakai krim malam ni muka memang sangat lembap.Terasa macam air yang tak pernah kering kat muka..walaweh..biasa muka kering kontang macam padang pasir digurun sahara..:) Kelembapan tersebut menjadikan wajah Cik Nor lebih sihat dan muda bila memakainya.

Setelah beberapa minggu menggunakan produk MBHWBS wajah Cik Nor yang kusam kini lebih berseri. Paling membuatkan Cik Nor gembira bila parut jerawat lama kian pudar dan kesan pencerahan amat ketara. Ini terbukti bila kakak Cik Nor tegur..eh muka ko kena apa merah kat sekitar bibir tu? Biasa kalau Cik Nor elergik bahagian tu akan kelihatan gelap macam lebam kena tumbuk. Tapi sekarang kalau ada elergik sikit-skit dia akan kelihatan merah jer.See banyak perubahan kan..:) Kembang jap bila kulit muka dah cerah..hehe. Kalau dulu kalau elergik kat sekitar bibir memang sakit sangat sebab kawasan tersebut menjadi kering tapi kini tidak lagi kerana MBHWBS telah merubah segalanya.

Kandungan dalam produk MBHWBS seperti vitamin C, E Glutathione, Collagen, Argan Oil, Pearl Powder, Rice Extract, Arbutin Beewax, Titanium Dioxidi & Marine Plant Stem Cell mampu menjadikan kulit muka Cik Nor cerah, gebu, lembap, lembut dan meremajakan wajah Cik nor. Produk MBHWBS ini juga anti penuaan dan meremajakan kulit..fahama-faham jer la..Cik Nor kan dah berumur 30+++. So kenalah cari produk yang boleh menghalang kulit muka Cik Nor dari kesan-kesan penuaan. Terima kasih My Beauty Herbs kerana member peluang untuk mencuba produk hebat ini.



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


12 comments:

  1. wah wah makin berseri la.. ^^,

    ReplyDelete
  2. wah..wah..wah... makin cantiklaa.... :D
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. haaaaaaaaai Kak Normi.. ingat CT lagi dak ? huuuu.. lama kan CT tak singgah sini..
    blog CT ada masalah last month so habis list2 kawan kat dashboard tu..
    jadi slowly2 nak kesan balik kawan2.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. gudluck sis.....jemput bace review sy jugak hehe

    ReplyDelete
  5. As salam

    singgah sini


    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/04/wajah-putih-gebu-dengan-my-beauty-herbs.html

    ReplyDelete
  6. bertambah seri adik akak sorang ni..pheweettt..:)

    ReplyDelete
  7. mmg ade perubhn disitu..good.. =D

    ReplyDelete
  8. Patutlah Cik Nor tambah berseri sekarang ni....Baru tau rahsianya. Jeles mak tau!....

    ReplyDelete
  9. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html

    Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html

    Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete