Breaking News

Siapa Layak Terima MySARA?


Bantuan MySARA 2024 barang dapur akan diberikan kepada isi rumah dengan kadar RM100 sebulan sehingga mencapai jumlah RM1200. Manakala, bujang layak mendapat bantuan sebanyak RM50 setiap bulan.

Penerima STR 2024 akan mendapat kredit barangan dapur yang boleh digunakan dengan menggunakan mykad mereka.

Syarat Kelayakan Bantuan Barangan Dapur RM1200

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan barangan dapur:

  • Merupakan penerima STR di bawah ekasih
  • Merupakan penerima STR bukan miskin terima RM300
  • Bujang dan warga emas terima RM150

Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur 2024

Anda tidak perlu memohon bantuan ini kerana ia akan diberikan secara automatik. Jika anda memenuhi syarat dan terima STR 2024, bantuan ini akan dimasukkan ke Mykad anda.

Tarikh Bayaran Bantuan Barangan Dapur RM1200 2024

Mulai 22 Januari 2024, bayaran akan dikenakan bagi pengguna di semenanjung Malaysia. Manakala, pengguna di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mula dikenakan bayaran pada 19 Februari 2024.

Semak Status Bayaran MySARA 2024

Cara semak status bayaran SARA 2024 ialah:

  • Layari laman web rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/
  • Sila tekan ikon Semak Status
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Sila Tekan ikon Semakan Status
  • Maklumat status bayaran SARA 2024 akan dipaparkan

Korang jangan tanya Cik Nor, Cik Nor tak terima bantuan MySARA ni sebab Cik Nor terlajak kaya..aamiin..haha

6 comments:

  1. Moga penerima dapat memanfaatkan duit yang diterimanya untuk kegunaan harian.

    ReplyDelete
  2. moga yg betul2 memerlukan je yg terima bantuan ni kan...

    ReplyDelete
  3. Samalah tak dapat. Harap bantuan ni dapat membantu ramai golongan susah

    ReplyDelete
  4. Hahahahha.. terlajak kaya samalah kita pun ciknor

    ReplyDelete
  5. saya check utk abah saya sbb dia penerima STR, tak ada rekod...kita sama cik nor, x layak terlebih kaya..haha

    ReplyDelete