Breaking News

Dapat Hadiah Hari Lahir Dari Rabia


Assalamulaikum..

Maaf sangat-sangat sebab dah lama sangat tak menulis kat blog. Bukan malas atau tiada idea tapi masih mencari kekuatan diri dan semangat setelah sebelah sayap utama telah pergi buat selamanya. Nak menaip pun rasa tak keruan, biasa dialah penguat semangat untuk Cik Nor blogging tapi sekarang semuanya tinggal kenangan.

Hari ini gagahkan jua jari untuk menaip sebab dah janji dengan si pemberi hadiah untuk buat entry pasal hadiah ni. Hadiah ni dapat dah banyak hari, nanti kalau peram terlupa pulak nak buat entry. Terima kasih Rabia bagi hadiah tudung bawal kat akak sempena hari jadi tahun lepas. Lewat bagi pun tak apa janji ingatan pada kawan-kawan blogger sentiasa ada.

Cantik warna tudung, hijau apa orang panggil macam ni? Tapi serius cantik sebab tak ada dalam koleksi lagi. Macam tahu-tahu jer tahun tema baju raya Cik Nor warna hijau. Oppss..terlepas tulis pulak.hehe. Belum apa-apa lagi dah sibuk nak raya.Puasa dah ganti ke belum? Bulan ramadan dah dekat ni.hehe

Oklah..klu korang nak kenal siapa Rabia, korang boleh klik link blog dia  : https://rabiadawiyah21.blogspot.com/. Mana yang tak kenal lagi boleh kenal-kenal. Yang dah kenal boleh rapat-rapatkan lagi..hehe

11 comments:

  1. Wah, terbaik Rabia. Semoga ciknor tabah dan kuat selalu ye

    ReplyDelete
  2. Walaupun tak tahu siapa sayap yang Cik Nor maksudkan Mrs. A doakan Cik Nor dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya.

    ReplyDelete
  3. semoga tabah dan kuat ye cik nor.
    cantik kalernya.

    ReplyDelete
  4. tahniah sbb dpt tudung yg comel. mesti bergaya cik nor pd raya posa nanti...

    ReplyDelete
  5. moga diberikan ketabahan buat Cik Nor aminnnn
    seronoknya dpt hadiah dr sahabat Blogger :)

    ReplyDelete
  6. Happy Bday...Bestnya dpt hadiah..Feel free to join my segmen ya...
    https://thisni3zahata.blogspot.com/2024/02/segmen-mencari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  7. saya pun dpt jugak cik nor hadiah dari Rabia..moga murah rezeki rabia selalu..saya dapat tudung warna pink...

    ReplyDelete