Breaking News

Sesat Di Tempat Sendiri

 Assalamualaikum..

Peristiwa ni berlaku tahun lepas lagi tapi tahun ni baru nak cerita kat blog. Nak buat macam mana tahap kerajinan tu senipis kulit bawang.  Mesti rajin korang setebal kulit durian sebab Cik Nor tengok hari-hari  korang updates blog. Cik Nor ni seminggu sekali nak updates memang payah. Haha. Bukan tak ada cerita nak cerita kat sini tapi tulah peram jadi pekasam dulu baru best.hehe

Al-kisahnya Cik Nor terima panggilan dari kawan masa belajar kat Uitm dulu, katanya dia kat Kelantan. Datang bercuti dengan adik-beradik dia, dia tanya tempat makan area Machang. Aduii..Cik Nor sejak kobid menyerang dulu memang dah lama giler tak makan kat luar. Tak tahu kat manalah tempat makan best kat Machang. Cik Nor suruh jer lah cari dekat-dekat area homestay yang dia dok tu. Suruh dia bagi lokasi mana dia kat area mana.

Tengok lokasi memang dekat jugaklah dengan rumah Cik Nor. Tanya dia esok gerak ke KB pukul berapa? Dia kata lewat la sikit dalam pukul 10 pagi macam tu. Oklah tu sempat la pergi jumpa dia kejap sebab dah lama tak jumpa kan. Bertolak dari rumah bukan main awal tapi last2 makan buat langsat.haha. Guna google maps weh walaupun tempat tu dekat tapi tak membantu langsung.

Cik Nor silap masuk jalan kecik, rupanya homestay dia dok tu kat tepi jalan besar jer.  Oleh kerana google maps tak membantu maka kita tanya orang jer lah senang. Dekat setengah jam juga cari tak jumpa. Nama jer tempat sendiri tapi tak tahu sangat pasal homestay ni.haha. Punyalah nampak Cik Nor ni melanguk kat rumah jer kan.haha.

Bila orang bagi tahu lokasi sebenar tu, tak sampai 5 minit dah jumpat. Allahu..malunya. Tempat sendiri pun boleh sesat. adoii...hah. Sempatlah borak-borak kejap dalam hujan renyai-renyai..haha. Terima kasih Sha bagi Cik Nor hamper dan ubi keledek rebus dari CH. Cik Nor sempat bagi kerepok segera jer kat Sha. Itu jer stok yang selalu ada kat rumah. 

InsyaAllah, panjang umur boleh kita jumpa lagi.

Baca juga : Bila Kawan Datang Kelantan Tapi Ko Balik Kampung

4 comments:

  1. Hehehe kita pun banyak makan buah langsat ni ciknor walaupun tu arda sendiri je. Itu yang kalau nak urgent mesti nak kena peneman hikhik

    ReplyDelete
  2. Hehehe
    Biasa laa tu cik nor
    Sy pun kadang macam tu juga

    ReplyDelete
  3. Ala Cik Nor, akak kat Seremban pun boleh sesat..

    ReplyDelete
  4. Pernah je jadi macam ni, walau kata itu tempat sendiri tapi sebab tak biasa, boleh tersesat jugak.

    ReplyDelete