Breaking News

Dugaan Dalam Boikot Produk


Assalamualaikum..

Rasanya lama giler Cik Nor tak menulis cerita peribadi dalam blog ni. Yang ada tu semua artikel berbayar, Jangan tanya berapa bayarannya. Yang penting lepas nak bayar bil telefon dan internet setiap bulan. Haha. Cik Nor sejak tak ada kerja tetap ni, semua job berbayar Cik Nor ambik. Tak kisahlah berapa bayaran, semua sapu bersih. Opps..RM1 tak ambikla..sekurang-kurangnya RM10 ke atas. hehe

Berbalik kepada gambar diatas, begini ceritanya. Cik Nor tukar jenama pencuci pinggan S kepada jenama Z. Sebab jenama S tu supporrt setan iblis neraka jahanam..hah ambik ko habis Cik Nor sebut. Oleh tangan Cik Nor ada ekzema maka ia tidak serasi dan menyebabkan terjadinya keadaan dalam gambar diatas. Perit jugak menanggung sebab Cik Nor hari-hari masak. Nak tak nak terpaksa menyerah diri kat klinik mintak bantuan doktor untuk pulihkan tangan ku yang cantik itu..haha.

Ubat apa Cik Nor dapat? Nanti cerita dalam entry akan datang. Bila? Korang tunggu lah.haha. Balik dari jumpa doktor, pakailah glove buat sementara waktu sebab doktor saramkan pakai glove. Tak selesa tau buat kerja dapur pakai glove. Yang selalu masak mesti tahu lah perasaan tidak selesa tu kan. Oleh kerana jenama Z tak serasi Cik Nor tukar lagi ke  jenama GM. Ingat serasilah, aishh..sama jugak.  Kulit jadi kering dan gatal. Nasib baik ubat doktor bagi ada lagi. Tak adalah perit sangat menanggung sakit.hehe.

Habis guna jenama GM, adik Cik Nor suruh cuba jenama L. Mula-mula guna nampak macam tak serasi, tapi dah lama guna alhmdulillah.Ok lah walaupun kulit masih lagi kering. Nak tak nak lepas siap masak mesti pakai losyem. Aww..lembut tangan mak, nyah..haha. Nak tengok tangan sekarang? Tak payah sebab kulitnya jadi berkedut macam orang tua. Haha. tak sedar diri empunya diri memang dah tua bangka. 

Itu jer nak cerita hari ni. Banyak dugaan dalam boikot ni. Nak juga berbalik kepada jenama S tapi Allah kuatkan iman Cik Nor untuk sentiasa ingat penderitaan penduduk Palestine dari apa yang Cik Nor rasa kat tangan sikit tu. Huhu. Bab pemakanan memang jarang beli jenama-jenama boikot tu sebab harga yahoodi semuanya. Cik Nor mampu beli barang kedai berhantu jer.haha
 

6 comments:

  1. Cik Nor dalam bab kesihatan gini kalau terpaksa tak apa CikNor, sebab jadi melarat pulak .. Tuhan tau apa kita buat CikNor .. moga CikNor segera sembuh tangannya ..

    ReplyDelete
  2. try guna glove masa cuci pinggan tu cik nor
    kita ikhtiar mana yang boleh

    ReplyDelete
  3. Boleh guna Axion atau Harimau... Semoga serasi bersama...

    ReplyDelete
  4. Syafakallah cik Nor
    Cuba pakai sarung tangan cik Nor masa cuci pinggan tu takdelah kena direct tangan kita dengan agen pencuci tu

    ReplyDelete
  5. Oo.. semoga jenama kali ni lebih serasi la ye.

    ReplyDelete
  6. Moga cepat sembuh dan moga jenama kali ini lebih serasi hendakNYA.

    ReplyDelete