Jual Minyak Masak Terpakai
Assalamualaikum..
Dalam entry sebelum ni Cik Nor ada cerita pasal Cik Nor jual minyak masak terpakai. Sejak bila Cik Nor tahu pasal minyak masak terpakai ni boleh jual. Kalau tak silap masak PKP tempoh hari kot. Ada iklan kat facebook tentang pembelian minyak masak terpakai ni. Dari situ lah Cik Nor start kumpul minyak masak terpakai dan jual. Banyak kali jugak la Cik Nor jual minyak masak terpakai ni.
Bermula dari harga jualan dia RM1.20 sehinggalah sekarang RM2.00/kg. Ingat cepat ke nak kumpul minya masak terpakai ni? Lama weh.. 3 ke 4 bulan baru dapat 5kg rasanya. Tapi kalau buang dalam sinki duit tak dapat tapi singki tersumbat yang dapat. Cik nor biasa kumpul dalam botol air mineral yang besar atau botol sabun yang besar-besar. Cik Nor kumpul sama-sama dengan kakak Cik Nor. Kalau dia dapat 10kg dan Cik Nor 10 kg nanti boleh lah contact orang yang beli minyak masak terpakai tu. Dia datang ambik kat rumah kita tau.
Bulan lepas baru jer jual, tahun depan pulak la baru dapat jualnya. Tak apalah sekali jual tu boleh lah topup minyak masak baru dan juga gula. hehe. Rezeki tak datang bergolek kalau kita tak usaha. Betul tak korang. Sekarang tengan hari pembeli botol pulak. Banyak pulak botol-botol kat belakang trumah tu. Semak pula rasa bila banyak barang tak guna disekitar rumah. Yang mana boleh jual kita jual. Yang dah tak boleh guna kita lupuskan atau bakarkan sahaja. Janji esok-esok kat sana kita tak kena hisab dengan barang-barang yang kita simpan tapi tak guna. huhu.
Eh, panjang pulak berceloteh. Nak cerita pasal jual minyak masak terpakai jer. Tapi sambung pasal cerita lain pula.haha. Oklah stop kat sini dulu. Kat tempat korang ada jugak ke yang beli minyak terpakai:?
Baca juga : Kalau nak beli 2kg yang biasa, kena beli 1kg yang premium
Pak Zain pun kumpul minyak terpakai and jual...mahal jugak bleh dpt kan...
ReplyDeleteDiah pun kumpul dan terjual. Dari buang baik jual
ReplyDeletealamakkk..saya tak jual..biasanya buang je..saya isi minyak dlm botol mineral/air yang kosong, baru buang dlm tong sampah. nk buang kat sinki, sat gi tersumbat..duit lagi kena keluar nak repair..so buang cara camni...nk jual cam cik nor ni, x kenal org yg beli minyak masak terpakai area rumah..
ReplyDeleteCuya tk pernah jual... CUya guna sebagai bahan bakar je
ReplyDeletebagus usaha cik nor ni👍👍👍keep it up!
ReplyDeletesy, ckp psl jual myk terpakai ni, sy jd terasa hati. sblm pkp sy share iklan jual myk terpakai kt grup WA. then nk tau apa jd? diorg perlekehkan sy? dia kata ada ke org buat mcm ni? ada ke org nk bli? nk buat apa dgn myk tu? sy cuma bls, sy share je. bkn tlg buat or jual beli. yg byk bersuara dlm grup tu ex cikgu sains. dlm hati ckp eh ko cikgu sains x kn x tahu psl ni? pd hal ms 2010 lg majalah3 dah penah share psl jual myk terpakai ni. then nk jd cerita awl thn hari cikgu sains tu sibuk share psl hal ni. rs nk tempelak blk apa yg dia ckp kt sy dulu... eeee😤😠