Breaking News

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan

 

Sinopsis Surat Dari Tuhan

Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha (Janna Nick) yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah. 

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Lakonan: Shukri Yahaya sebagai Ryan, Janna Nick sebagai Misha, Ummi Nazeera sebagai Suzana, Sheila Mambo sebagai Rafilah, Trisha Ooi sebagai Rifqa, Qistina Raisah sebagai Nadia, Wanns Ahmad sebagai Uzair, Arash Mohd sebagai Daud, Syefikk sebagai Mus, Balkisyh Semundur Khan sebagai Cik Leha, Meor Mohd  sebagai Cik Don, Shahidan Izwan sebagai Damien, Qayra El sebagai Daria, Nik Ramly Rejab sebagai Fauzi, Nada Nur Syuhaida sebagai Isteri Mus, Muhammad Danial Aiman sebagai Daris

8 comments:

  1. Dah lama nieyl x tgk drama melayu...
    xtau la kenapa dah jarang sgt tgk tv dkt umah tu hehehe...
    nieyl tgk drama ni sedutan dkt tiktok

    ReplyDelete
  2. suka drama2 syukri yahya tp yg ni x sempat. tgk. awal2 viral dah kan sb janna. nick. Bahasa2 dia masa kat Mekah tu

    ReplyDelete
  3. mcm best je citer ni cuma x de masa nak mengadap TV skrg. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. kiranya janna nick dlm vite ni jd watak antoganist ke?

    ReplyDelete
  5. I appreciate the depth of research and thought evident in your article.

    ReplyDelete
  6. tgk sekilas2 je drama ni tak leh la watak janna tu sakit hati betul nengoknya

    ReplyDelete
  7. lama x follow drama melayu.. tambah² lagi meluat tgk JN mmg off terus nak tgk drama lakonan dia

    ReplyDelete
  8. ada tertengok sikit2 drama ni..x boleh lah watak janna tu, jahat..sis x boleh layan drama yg menaikkan darah ni...

    ReplyDelete