Breaking News

Kalau Nak Beli 2kg Yang Biasa, Kena Beli 1kg Yang Premium

 

Assalamualaikum...

Hah..mesti korang pelik kenapa tajuk entry Cik Nor macm tu hari ni. Lain macam jer. Haha. Al-kisahnya macam ni semalam Cik Nor keluar pergi kedai runcit dekat-dekat dengan rumah nak tambah stok gula dan minyak masak paket yang nampak dah berkurangan. Sebelum Cik Nor ada jual minyak terpakai, so dapatlah lebih kurang RM50. Memang dah niat dapat duit duit minyak terpakai tu nak toupup barang dapur yang banyak dah berkurangan. Pasal jual minyak masak terpakai tu nanti Cik Nor cerita kemudian.

Sampai kedai runcit tu Cik Nor ambik beberapa jenis biskut, kemudian ambik 2kg gula yang biasa. Oleh kerana gula ni barang terkawal Cik Nor bajet 2kg seorang jer dapat. Wah sangkaan Cik Nor meeleset sebab masa nak bayar anak taukey kedai tu cakap, kalau nak beli 2kg gula yang biasa kena beli jugak 1kg yang premium. Cik Nor jenis malas nak banyak cakap terus letak 1kg dan bayar jer lah 1kg. 

Bukan tak ada langsung gula kat rumah Cik Nor tapi saja nak buat stok mana tahu terlupa nak beli. Next time keluar beli lagi 1kg sampailah abag Jamil mapos.haha Orang bagi 1kg seorang pun dah syukur dari tak dapat langsung. Minyak masak paket Cik Nor tak tanya sebab dah tahu bukan RM2.50. Sekarang ni semua benda kena berkira walaupun kenaikannya cuma RM0.10.

Minyak masak paket Cik Nor dapat pasar mini dekat dengan rumah Cik Nor. Alhamdulillah dapat 3kg dengan harga RM2.50/ paket.  Hidup zaman sekarang ni, tak boleh berlebih-lebih dah, cukup sekadar ada jer. Macam ni lah orang tak ada gaji bulan.haha

Itu jer nak cerita sebenarnya. Tempat korang kalau nak beli gula sama macam kat tempat Cik Nor jugak ke? Meh kongsi..:)

Baca juga : Minyak Masak Bersubsidi Dinaikkan Harga

8 comments:

  1. uish ada syarat gitu pulak? minyak paket pula x pernah nampak dah kat nsk sini

    ReplyDelete
  2. tempat saya di kwsn Sungkai Perak blm lg syarat mcm tu.. boleh lagi beli 2kg gula yg biasa.. tp betul la zmn skrg ni kena buat kira-kira dulu sblm nak membeli T__T

    ReplyDelete
  3. ehh memacam plak syaratnya... report kt tribunal pengguna kanggg...

    ReplyDelete
  4. abe kie x guna geli Prai yg dibeli kat kedai tu. skrg ni guna gula sihat yg dibeli d shopee. Masuk sikit je dlm air teh o...dah terasa manisnya. nak guna dlm masakan pun ok

    ReplyDelete
  5. ada jga dengar, premium tu harga 4.60 huhuu dah tersalah beli 2 adoiii mahalnya gula

    ReplyDelete
  6. tu lah skrg ni semua dah kena kira wpun harga naik seposen je..brg keperluan beli bila betul2 dh habis stok je..nak top up2 camni, tgk lah dh ada bersyarat pulak...

    ReplyDelete
  7. Tak tahu pula syarat cikNor, lagipun lama dah tak beli gula

    ReplyDelete
  8. Gula kat rumah saya berbulan-bulan tak habis....boleh diabaikan gula nie

    ReplyDelete