Lama Menghilang
Assalamualaikum..
Mesti korang perasaan kan, blog Cik Nor banyak hari tak updtaes. Ke tak ada yang singgah pun blog Cik Nor ni. Alahai sendunya blog ni.haha. Macam baru tahu blog ko ni sendu Cik Nor oii..Orang lain dah lama tahu la. Tak kisah la sendu ke tak, tetap jugak nak cerita kisah Cik Nor kat sini.
Rasanya minggu lepas tak ada entry yang bertaip mengikut idea sendiri. Yang ada cuma entry copy dan paste sahaja. Al-kisahnya macam ni, kakak Cik Nor ada kebun cili tak tak ada yang nak kerja kat kebun tu. Tengok cilinya dahh banyak yang masak. Kebunnya tak adalah luas sangat tapi kalu nak dapt 5kg cili sehari dapatla.
Syok jugak petik cilinya, yang tak syoknya panas. Lupa nak pakai sunblock habis muka berjeragat. Adoii..hitam wei tempat ada jeragat tu. Macam mana nak pudarkan balik jeragat ni? Ada tips korang? Tengah berehat sekejap dari buat kerja kebun sebba tengok muka dah burn teruk dan jeragat pun dah mengila ni.
Mana tak hitam jeragat tu, pukul 10 pagi matahari dah terik. Biasa kalau pukul 10 pagi boleh rileks lagi kerja, sekarang dah tak boleh. Kena stop jugak kerja dan sambung balik kerja lepas asar. Cik Nor bukan petik cili jer tapi siap pakej buang rumput rampai dan taruh baja sekali.haha. Dah macam pekebun berjaya ni.
Oklah kan dari dok melangut depan laptop ni, dapat jugak side income. Badan pun sihat sebab keluar peluh. Kalau dok depan laptop, badan tak aktif sangat dan cepat lemau. Mesti ada yang nak tengok kebun cili yang Cik Nor kerja tu kan. Sabar yer, nanti Cik Nor tunjuk sebab sekarang daun dia tengah gugur sebab tabur baja. Pokok-pokok dalam fasa pemulihan untuk keluar daun baru.hehe
Baca juga : Bila VIP Datang Buat Lawatan
Wahh jadi pekebun pula ciknor kita tapi ok la dari tak buat apa tu kan.
ReplyDeletetakpe.. sama lah kita. mia pun baru aktif semula ni...
ReplyDeleteAll the best cik nor...kerja elok2
ReplyDeleteHai cik nor...
ReplyDeleterajinnya petik cili dekat kebun..
nieyl pun rajin petik juga tapi sepokok dua boleh la..masuk yang ke seterusnya malas dah hahaha...
sama lah kita..time bz memang tak sempat nak jenguk blog..
ReplyDeletesemoga terus konsisten berkebun...orang yang berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya
ReplyDeleteBagusnya kak nor rajin bercucuk tanam. Lagi puas hati bila tuai hasil tanaman yg kita tanam sendiri kan
ReplyDeletebagus cik nor bercucuk tanam hihihi
ReplyDeletenanti abe kie nak gi lawatan belajar ke kebun cik nor la...
ReplyDeletennti rabia setting semula alamat di shopee ye sbb rabia biasa nya beli dkt blogger2 dari shopee je
ReplyDeletepakej tu cik nor..berkebun sambil tu exercise sekali sbb kuarkan peluh..nnti tunjuk lah kebun cili cik nor jaga ni..tak pe cik nor jadi pekebun, cili pun mahai jugak skrg..hehe
ReplyDelete5 kg tu banyak cik nor👍👍 even penyanyi ayu damit dgn ella pun tanam cili kalau x silap sy... masyukk jg laa... apa jenis cili yg ditanam tu?
ReplyDeletexpe jeragat boleh hlg. cari je produk yg bgs. x pe mahal sikit janji berbaloi
Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan Cik Nor ye..best tu petik cili..kalau bab petik2 ni tangan akak sejuk..nasib jauh.kalau x..sure boleh join
ReplyDeletenak buat lawatan kebun cili Kak Nor boleh ka? nak borong cili dengan Kak Nor..
ReplyDelete