Breaking News

Kenangan PRU 15

Gambar 1


Assalamualaikum..

Walaupun pilihanraya umum ke 15 Malaysia telah 5 hari berlalu, Cik Nor tetap nak abadikan juga kenangan ini dalam blog Cik Nor untuk memori 5 tahun akan datang. Mana tahu kot untuk pilihanraya akan datang Cik Nor tidak berpeluang lagi untuk keluar mengundi sebab dijemput Pencipta. Ajal, maut kita tak tahu kan. Maka kita abadikan kat sini, mana tahu kot ada yang sudi baca entry ni bila Cik Nor dah tiada nanti.hehe.

Pada 19/11/2022 tu Cik Nor tak keluar awal mengundi, sebaliknya Cik Nor pilih untuk keluar mengundi waktu petang. Ini kerana Cik Nor dah tengok berapa ramai rakyat keluar mengundi sewaktu menghantar kakak tempat pengundian. Lebih baik masak siap-siap sebelum keluar sebab bila balik dari mengundi mesti lapar kan. Memang tepat jangkaan Cik Nor, balik dari tempat mengundi dah macam kebuluran kami semua. Padahal perginya sekejap jer tap perut ni bila dah tiba masa makan tengahari mesti berkeroncong lah.

Cik Nor dan semua ahli keluarga mengundi di Sekolah Agama berdekatan dengan rumah tetapi ayah seorang sahaja mengundi di sekolah di bandar Machang. Kami mengundi untuk Parlimen Machang (P.029). Gambar 1 tu hari warna dakwat pada hari pertama pengundian. 


Gambar 2

Kami ke tempat pengundian selepas zohor, adik yang OKU tu awal-awal lagi kawan dia dah ambil. Yang pergi bersama Cik Nor ilah mak, adik lelaki dan adik perempuan. Kakak tolong hantar jer sebab dia dah mengundi pagi-pagi lagi. Adik yang OKU kata ramai lagi orang kat pusat pengundian. Adoii..ni malas nak keluar mengundi kalau bersesak-sesak. Sambil-sambil tunggu waktu zohor masuk, masak dulu apa yang patut. Siap solat zohor, terus bersiap sebab nampak hari macam nak hujan. 

Sampai kat tempat mengundi nampak lengang jer. Ingatkan ramai yang tengah beratur, rupanya sampai jer saluran Cik Nor dah boleh mengundi. Dah tak ada orang rupanya. Tak perlu beratur panjang. Tak sampai 5 minit dah siap mengundi. Adik-adik yang kat saluran lain pun sama jugak. Cepat dan tak perlu beratur panjang. Kalau macam ni, hari-hari mengundi pun tak per.haha. Gambar 2 tu hari kedua warna dakwat tu makin gelap. Seriau pulak tengok jadi sendiri.hihi. Orang lain siap celup clorox nak hilangkan dakwat tu, Cik Nor biar jer dia hilang sendiri. Bukan selalu pakai inai macam ni. 5 tahun sekali weh. haha

Dah lima hari berlalu, Perdana Menteri masih belum diketahui. Sama-samalah kita doa moga kita dapat pemimpin yang baik dan dapat membela agama islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Baca juga : Kenapa ni SPR?

 

2 comments:

  1. cuaca kat sana ms hari mengundi ok tak cik nor? sy baca, ramai yg kena hujan lps blk mengundi

    ReplyDelete
  2. ammi pun mengundi belah petang...tak sampai 5 minit settle.
    Aaminnnn semoga pemimpin yang dipilih mengangkat Islam

    ReplyDelete